Friday, 2 August 2013

Inilah Biodata 4 Gadis Islam dilarang sertai Miss World Malaysia 2013



Biodata 4 Gadis Islam dilarang sertai Miss World Malaysia 2013 - Umum mengetahui empat gadis cantik beragama Islam yang nekad bertanding dalam perebutan gelaran Miss World Malaysia 2013 telah dibatalkan penyertaaan mereka oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana melanggar fatwa yang dikeluarkan pada 1996.

Berikut ialah biodata ringkas dan sekeping gambar setiap peserta ratu cantik ini sebagai informasi dan tatapan korang semua. Memang keempat-empat mereka cantik dan menawan. Tak dapat bertanding pun bukan masalah sebenarnya.


Nama : Wafa Johanna De Korte
Umur : 19 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Keturunan : Kacukan Belanda dan Melayu
Kerjaya : Terlibat dalam iklan televisyen sejak berusia 5 tahun
Komen : “Semua orang hidup aman dan ia amat menakjubkan untuk melihat kita hidup harmoni.”


Nama : Sara Amelia Muhammad Bernard
Umur : 20 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Keturunan : Ibu kacukan British dan Melayu, Bapa kacukan Iban dan Jerman
Kerjaya : Memulakan karier sebagai model apabila menyambung pengajian di Kolej Taylor Sri Hartamas.
Komen : “Saya mempunyai rakan-rakan dari pelbagai kaum dan mempunyai peluang untuk belajar mengenai adat dan kepercayaan. Saya juga menyukai kepelbagaian makanan di Malaysia.”


Nama : Miera Sheikh
Umur : 19 Tahun
Asal : Menetap di Singapura sejak kecil sebelum berpindah semula ke Malaysia
Keturunan : Kacukan Melayu dan Arab
Kerjaya : Terlibat dalam bidang peragaan sejak di Tingkatan 3
Komen : -


Nama : Kathrina Ridzuan
Umur : 23 Tahun
Asal : Selangor
Keturunan : Kacukan Inggeris dan Melayu
Kerjaya : Pernah muncul sebagai model untuk beberapa iklan
Komen : -

1 comment: