Selepas membujang berpuluh tahun lamanya sehingga usia kini sudah mencecah 40 tahun, pelakon dan penerbit, Haliza Misbun akhirnya bersedia untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki yang ikhlas menikahinya.
Menurut pelakon filem Andartu Terlampau itu, walaupun dia tidak pernah berasa sunyi dalam menjalani kehidupannya yang masih solo namun tidak akan menolak jika ada lelaki yang benar-benar ikhlas untuk memperisterikannya.
"Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas, saya akan menerimanya. Saya dah bersedia untuk berkahwin."
"Kalau dulu memang saya agak memilih tapi sekarang saya tidak kisah sama ada orang tempatan atau luar negara."
Untuk pengetahuan, Haliza sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan lelaki dari luar negara termasuk pelakon Indonesia, Ari Wibowo.
No comments:
Post a Comment