Friday, 9 August 2013

Akhirnya Zizan Razak dan Emma Mambong Mengaku Bercinta



Jika sebelum ini pelakon Zizan Razak dan Emma Mambong sering menafikan mereka berdua adalah pasangan kekasih, namun hubungan itu tidak selamanya dapat disembunyikan.

Semalam, mereka berdua telah dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas bagi sambutan Aidilfitri. Dalam sesi itu, Zizan Razak telah diminta untuk mengulas lanjut berhubung gosip yang mendakwa dia dan Emma sedang hangat bercinta.

Untuk pengetahuan, gosip liar antara Zizan dan Emma mula hangat diperkatakan beberapa bulan lalu selepas mereka berdua bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu Wire Fame Sdn Bhd.

Berikut ialah sebahagian penjelasan yang diluahkan oleh Zizan menurut laporanHarian Metro bagi menjawab spekulasi dirinya yang sememangnya tidak menolak jika mempunyai jodoh dengan Emma.

“Saya perlulah realistik dalam hal ini. Kalau bukan saya sekalipun, mana-mana lelaki pasti akan jatuh hati melihat Emma kerana dia cantik. Sifatnya juga sangat feminin."

“Mengenali Emma sepanjang dia menjadi artis naungan Wire Fame Entertainment (WFE), saya juga sifatkan dia seorang yang senang untuk berurusan, mendengar kata dan tidak mendatangkan masalah."

“Sikap Emma itu menambah lagi tarikan yang pada dirinya selain paras rupa menawan. Alhamdulillah, artis WFE yang lain seperti Johan As’ari, Cha Cha Maembong dan Kaka Azraff, semuanya menyenangkan hati saya. Saya bertuah kerana mempunyai artis baik dan berbakat seperti mereka."

“Berbalik pada isu antara saya dan Emma, sesiapapun wanita yang tertulis untuk saya termasuklah dia (Emma), saya akan terima dengan hati terbuka kalau itu sudah jodoh. Kita faham jodoh itu urusan Allah SWT."

“Cuma, saya punya pendirian, kalau sesuatu perkara itu benar-benar sudah pasti, barulah lebih elok diceritakan kepada umum. Jika tidak, lebih baik ‘zip’ saja mulut kerana kalau tak jadi nanti, diri sendiri juga yang malu!” 

No comments:

Post a Comment