Monday, 5 August 2013

Ahli kumpulan Sheila On 7 Disangka Pengganas


Bekas ahli kumpulan Sheila On 7, Sakti mengakui pernah disangka sebagai pengganas kerana penampilan barunya selepas keluar daripada kumpulan tersebut.

“Saya pernah disangka sebagai pengganas oleh beberapa orang wanita separuh usia, pada mulanya dia melihat saya dan terus berteriak sambil menjatuhkan plastik barang belanjanya ke tanah.

“Mereka terus berlari dengan laju seperti melihat jin,” katanya seperti dipetik detikHot.com.

Sejak lapan tahun tidak aktif dalam industri hiburan, Sakti banyak menghabiskan masa untuk mendalami Islam.

Dia juga kini memiliki nama baru iaitu Salman Al-Jugjawy dan mengubah penampilannya.

Sakti juga akan melancarkan album keagamaan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment