4 TAHUN JADI HABUAN NAFSU SERAKAH MAT REMPIT | Lisa terpaksa merelakan dirinya menjadi pemuas nafsu mat rempit demi kepuasan diri sendiri dan menganggapnya sebagai hiburan.
“Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,” kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.
Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.
Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.
“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur.
“Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.
“Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya.
No comments:
Post a Comment