Friday, 2 August 2013

Diana Danielle murung dan pendiam sejak bersalin


Diana Danielle murung dan pendiam sejak bersalin - Isu perselisihan faham antara Farid Kamil dan ibu mertuanya masih belum menemui jalan penyelesaian apabila suami kepada Diana Danielle itu tampil dengan kenyataan baru yang melarang ibu mertuanya berjumpa dengan anak mereka.

Ketika Farid Kamil ditemubual oleh Utusan Malaysia perihal komplikasi yang dialami oleh isterinya sejak hampir bersalin, ini jawapan beliau :-

"Alhamdulillah, Diana sekarang sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi selepas melahirkan. Sebelum lahir Diana juga terpaksa menahan kesakitan selama empat jam. Tetapi sekarang, dia mengalami sindrom mother blues yang agak teruk." 

"Sangat mengejutkan saya pada mulanya apabila melihat perubahan emosinya bertukar 360 darjah. Diana bersikap sangat defensif lebih-lebih lagi kalau saya pegang anak, dia akan sentiasa perhatikan saya."

Nampaknya, Farid Kamil kini berdepan satu lagi masalah baru dengan Diana Danielle yang bersikap defensif dan melihatnya seperti orang lain. 

No comments:

Post a Comment