Monday, 22 July 2013
Nugget Ayam Seperti Presiden Amerika Goerge Washinton Dijual RM24 Ribu RInggit
Seorang wanita berjaya menjual nugget atau daging ayam olahan yang dibelinya dari restoran makanan segera McDonald dengan harga USD8100 atau sekira RM24000. Nugget itu ternyata serupa dengan Presiden pertama Amerika Syarikat (AS) George Washington.
Nugget yang dibeli kira-kira 3 tahun yang lalu harganya terus melambung tinggi kerana keunikannya ini. Ribka Speight pun melelong nugget tersebut di eBay dan meraih keuntungan besar dari lelong itu. Dia tidak mendedahkan siapa pemilik baru nugget itu tersebut.
Sementara itu, pihak eBay sedang mengkaji semula lelongan yang terjadi pada bulan lalu kerana dianggap melanggar peraturan berkaitan makanan luput. Padahal sebelumnya, wanita itu menerima jawapan melalui e-mel dari eBay untuk membenarkan dirinya melelong makanan tersebut.
Awalnya, nugget tersebut tidak dimakan oleh anaknya dan hampir saja dia membuangnya. Setelah menyedari bahawa ada sesuatu yang unik pada nugget tersebut kerana bentuknya yang serupa dengan bekas Presiden George Washington, dia terus menyimpannya di dalam peti sejuk.
"Sekitar 3 tahun yang lalu, saya dan anak-anak bermain di McDonald dan menikmati menu santap nugget khusus di hari selasa dengan harga hanya 99 sen," kata Speight seperti dikutip dari The Telegraph, Rabu (7/3/2012).
"Usai makan, sambil membersihkan meja, saya mengambil satu nugget yang tinggal dan mula tertawa melihatnya. Bentuknya menyerupai Presiden George Washington. Akhirnya, saya memutuskan untuk membawanya pulang dan menunjukkan kepada suami saya," tambahnya.
Melihat keunikan nugget itu, Speight terus berfikir untuk mengadakan lelongan di eBay. Dirinya mengaku ingin membantu anak-anak dari Pusat Ibadah Keluarga di Sioux City, Iowa.
Pusat itu dikatakanan Speight sedang mendirikan Kamp Gereja pada musin panas. Wang yang diperolehi dari penggalangan dana, seratus peratus akan diserahkan untuk acara tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment