Seorang budak Uganda bernama Vincent Oketch, 10, menderita pembengkakan kaki yang mencapai saiz mengerikan, hingga digelar "Elephant Boy" atau Budak Gajah.
Penderitaannya makin memuncak sebab dikesan, kakinya itu juga dijangkiti bakteria pemakan daging yang boleh membawa maut.
Ia sampai tak mampu lagi berjalan dan hanya boleh duduk di kerusi roda sebab orang tua anak kecil itu tak mampu mengubatinya ke hospital yang lebih lengkap peralatannya.
Sehari-hari, Vincent Oketch selalu menggunakan skirt, sebab tak ada lagi seluar yang boleh masuk ke kakinya yang sangat besar itu.
Doktor desa yang merawat Vincent sampai meminta bantuan antarabangsa, sebab jika tak segera ditolong, nyawa anak kecil itu terancam boleh segera melayang.
Menurut ayahnya, Tito Opoya, Vincent sudah menderita kelainan tersebut sejak usianya 18 bulan. Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa diduga anak kecil tersebut menderita gangguan limfa, sekaligus kaki gajah, dan deformitas rangkaian hingga membuat kakinya membengkak
Doktor Ishak Osire, yang menolongnya, berkata bahawa kanak-kanak tersebut terancam dipotong untuk menyelamatkan nyawanya dari komplikasi penyakit itu.
Dipetik dari Dailymail, Doktor tersebut berharap adanya bantuan dari doktor Inggeris, atau negara lain yang dapat meneliti dan menyembuhkan sakit yang diderita si anak kecil, sebab kemudahan di Uganda sangat minim.
Semoga saja ia akan berjaya menyembuhkan Vincent Oketch.
No comments:
Post a Comment