Negeri sakura ini akhirnya berjaya membuat mesin fotocopy untuk membuat topeng yang mirip dengan wajah manusia. Real-f demikian nama syarikat starup yang mampu mencipta mesin fotocopy wajah.
Syarikat Real-f yang berasal dari Jepun ini memberikan penyelesaian agar dapat melihat diri sendiri dengan cara yang baru. Caranya Real-f akan mengambil gambar selepas itu mencetak dalam model 3D. Hasil cetakan itu kemudian dijadikan wajah yang terbuat dari vinyl chloride padat.
Sehingga hasil yang diperolehi berupa sebuah model yang disebut dengan 3DPF atau 3 Dimensional Photo Form. Bahkan Real-f boleh membuat fotokopi 3D dari kepala secara penuh termasuk bahu. Cara ini dilakukan bila wajah tidak cukup.
Seperti yang dipetik oleh dailymail menjelaskan bahawa kita telah beralih dari monokrom ke warna. Kini masanya bagi era kesan stereoskopik 3 dimensi. Real-f menghasilkan dengan model yang paling realistik. Sebenarnya syarikat Real-f bukan syarikat pertama yang mampu membuat topeng dari wajah manusia.
Kadar untuk menggunakan mesin Real-f ini sebanyak 2,500 pound sterling . Bayangkan dengan menggunakan alat fotocopy wajah ini maka akan mendapat topeng yang lebih putih dan mulus berbanding asalnya dari wajah anda. Kalau ingin tahu sila cuba Real-f dan siap-siap untuk membayar dengan harga yang hebat.
No comments:
Post a Comment