Entah apa difikirkannya, seorang wanita yang berada di dalam LRT tiba-tiba menanggalkan pakaiannya tanpa mempedulikan penumpang-penumpang lain yang berada di situ.
Wanita itu pada mulanya dilihat berdiri sambil memegang tiang dengan memakai blaus pendek. Secara spontan, beliau menanggalkan keseluruhan pakaian hingga hanya tinggal coli dan seluar dalamnya.
Menerusi beg yang dibawanya, beliau mula memakai pakaian lain, sehelai skirt pendek biru, dan kemeja putih serta skaf.
Beberapa pendapat yang diperoleh dari ruangan komen, ramai yang beranggapan ini merupakan satu video lakonan dan wanita tersebut serta penumpang-penumpang lain dibayar.
Pelik juga lakonan ini, tiada pula produk jika ianya satu iklan...hmmm mujur bukan di Malaysia, kalau tidak, kurus pahala puasa petang itu! Heh!
No comments:
Post a Comment