Friday 2 August 2013

Pengakuan Ashraf Muslim paling tidak masuk akal


Pengakuan Ashraf Muslim paling tidak masuk akal - Setelah tidak mahu terus diselubungi kontroversi, Ashraf Muslim akhirnya tampil membuat penjelasan berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah.

Jika sebelum ini ramai mendakwa perkahwinan ini berpunca dari kegagalannya mendapatkan zuriat dari isteri pertama, Noor Dayana, Ashraf semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Bagaimanapun, terdapat penjelasan pelakon ini yang sebenarnya langsung tidak masuk akal dan tidak boleh diterima jika difikirkan secara logik. Antaranya ialah pengakuan Ashraf yang tertera di bawah.

"Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat. Saya mengenali Sakinah sudah lama iaitu sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna."

"Saya mengenali Sakinah sebelum saya mengahwini Dayana lagi. Kami bermula sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan timbul satu perasaan seperti secret admirer. Saya mula rasa nak kahwin dengan dia. Jadi, saya kahwin sebab saya rasa nak kahwin."

Lebih tidak masuk akal, Ashraf turut memberitahu bahawa sebelum keputusan itu dibuat, beliau telah berfikir semasak-masaknya malah turut mendapatkan pelbagai nasihat daripada ustaz dan pakar kaunseling. Yang peliknya, kenapa tidak berbincang dengan isteri pertama dan keluarga mertuannya juga?

"Itu satu keputusan yang susah untuk saya buat. Beribu kali saya berfikir. Saya rujuk dahulu pada ustaz dan pakar kaunseling. Saya bagitau pada Dayana dan keluarga mertua. Tetapi dalam tempoh itu, timbul pula perkara-perkara diluar jangkaan. Itu yang menyebabkan saya buat keputusan berkahwin di Thailand."

"Dayana tidak tahu yang saya berkahwin di sana. Saya rancang nak beritahu dia pada keesokan harinya. Tapi belum sempat saya beritahu, dia sudah tahu dahulu kerana dia menjumpai tiket penerbangan saya. Apa nak buat… Tuhan nak tunjuk. Saya tahu dia sedih dan terluka. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia."

No comments:

Post a Comment