Friday, 2 August 2013

PANAS!!! Rakan Ajak Sara Amelia Tukar Agama Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik

Isu pengguguran 4 peserta beragama Islam yang ingin menyertai Ratu Cantik Malaysia sedang hangat diperkatakan di laman sosial sekarang.

Kita sebagai orang luar haruslah menggunakan satu pendekatan berhemah dalam memberi pandangan dan melepaskan komen di laman sosial lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Lagi-lagi dalam situasi sekarang, pastinya keempat-empat gadis muslim yang digugurkan nama mereka daripada pertandingan Ratu Cantik Malaysia sudah tentu merasa sangat kecewa.

Dibimbangi, pada saat-saat ini apabila sesama Islam lebih sibuk menyelar tindakan mereka, ada pihak luar mungkin mengambil kesempatan dari kerapuhan iman empat wanita Islam ini. Lihatlah saja komen-komen yang dibuat rakan-rakan Sara di laman Facebook-nya ini:

 

 

Jadi kepada pihak berkenaan, menjadi tugas anda untuk memberi kesedaran secara berhikmah kepada empat peserta wanita ratu cantik Islam ini mengapa agama yang mereka anuti tidak membenarkan perlakuan sebegini.

Manakala bagi masyarakat di luar sana pula, jagalah bahasa apabila mahu tumpang semangkuk memberi komen di mana-mana medium sosial. Janganlah mencemuh rakan seagama anda yang tersilap langkah mungkin kerana kejahilannya dalam agama. Kalau disebabkan bengang dan kecewa dengan komen anda mereka mendengar cakap pihak bukan Islam untuk menukar agama, bukankah bermakna ada saham dosa anda juga di situ?

No comments:

Post a Comment