CERITA SEBAK KELUARGA CHUA BOON HUAT - AYAH MENDIANG JUGA MAUT KERANA KEMALANGAN | Petaling Jaya: “Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.
KEADAAN kereta dipandu Boon Huat sebaik merempuh lori tangki air. |
Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.
TENGKU Abdullah di PPUM melihat mayat Boon Huat dibawa keluar dari bilik mayat. Turut kelihatan hiba penolong jurulatih hoki kebangsaan, Arul Selvaraj (duduk). |
Difahamkan, sebelum kemalangan, Boon Huat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perbadanan Hoki Malaysia bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan media di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum keluar menemui rakan lain.
Aliff berkata, kematian pemain di posisi penyerang itu mengulangi tragedi yang menimpa ayah mereka kira-kira sembilan tahun lalu.
hmetro
No comments:
Post a Comment