Saturday 3 August 2013

Kereta JPJ hancur kemalangan, tiga cedera parah


Kereta JPJ hancur kemalangan, tiga cedera parah - Selepas beberapa siri kemalangan maut beberapa hari lepas, kini giliran kereta JPJ pula terlibat kemalangan apabila sebuah kereta Fortuna Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipandu seorang pemuda hancur di bahagian hadapan.

Kejadian kemalangan itu berlaku berdekatan lampu isyarat Lubok Jong, Jalan Pasir Mas Rantau Panjang, sekitar jam 5.25 petang semalam.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, setibanya di tempat kejadian, berlaku pertembungan di antara tiga kenderaan iaitu Proton Iswara dan Kia Optima.

Menurutnya, akibat kejadian ini, Muhd Zulhilmi Zulkifli, 28 yang memandu Fortuna JPJ dari arah Rantau ke Pasir Mas mengalami kecederaan di mulut terpaksa menerima beberapa jahitan di bibir, manakala mangsa dari arah bertentangan, Siti Hajar Hashim, 28, yang memandu Kia Optima, mengalami kecederaan di lutut.

Selain kereta Fortuna JPJ dan Kia Optima, sebuah lagi kereta Proton Iswara yang dipandu Affandi Mat Rani, 53, dari arah yang sama, turut mengalami kerosakan teruk dan beliau terpaksa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Pasir Mas.

“Kita masih menyiasat punca kemalangan dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Dalam pada itu, Haliludin turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang lalu lintas menjelang perayaan tidak lama lagi. Sikap tergesa-gesa atau memotong giliran hanya akan membawa kepada risiko kemalangan.

"Semua mahu tiba awal di rumah untuk berbuka puasa dan meraikan lebaran bersama keluarga, namun sekiranya berlaku kemalangan ia hanya akan memberi kesan buruk, bukan sahaja kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain."

No comments:

Post a Comment