Friday 2 August 2013

Kain Kafan Syiah Warna Hitam

 

Pengikut fahaman Syiah di Kedah berasa kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka mengkafankan jenazah menggunakan kain hitam dan mengebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik sama seperti yang dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut Syiah.

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran,” katanya.

No comments:

Post a Comment