9 - Zizan
Zizan melucutkan pakaian towel yang dipakai bagi memenuhi tuntutan skrip berbogel apabila melihat pocong di dalam Filem Hantu Bonceng yang kontroversi itu. Cerita Hantu Bonceng mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
8 - Ana Dahlia
Pelakon baru yang meningkat naik menerusi drama Nora Elena ini memberitahu dia juga pernah mendedahkan tubuh untuk filem lakonannya berjudul Mantra. Gambar yang mendedahkan belakang Ana Dahlia itu yang dijadikan poster filem Mantra walaupun menjadi kontroversi, Ana mengakui tindakan berani itu sekadar memenuhi watak yang dibawakannya.
7 - Arja Lee
Bagi pelakon filem Songsang, Anu dalam botol ini pula, Arja Lee semakin popular apabila aksi bogelnya untuk salah satu adegan dalam filem tersebut mendapat kritikan. Namun bagi pelakon baru ni, dia menganggap itu tindakan beraninya bagi menyampaikan mesej positif sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh filem. Pada mulanya saya diberi Seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Akhirnya saya meminta kebenaran daripada pengarah untuk mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya ituggambaran itu dilakukan dari sudut tepi dan Benda itu "Alat Sulit" saya tak nampak.
6 - Fasha Sandha
Fasha Sandha kembali menyengat dalam sebuah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen dalam sebuah filem seram berjudul Skrip 7707. Kali ini, Fasha Sandha dengan berani matinya berkemban dalam satu scene di mana Fasha Sandha mandi di perigi yang hanya didindingi oleh daun kelapa. Realitinya, memang orang kampung dulu-dulu mandi berkemban, tidak macam orang zaman sekarang yang kebanyakannya tidak menutup badan ketika mandi.
5 - Remy Ishak
Remy Ishak menjadi buah mulut orang ramai apabila membintangi cerita pendek"Comolot" yang memaparkan aksi mandi Remy Ishak bersama pasangan songsangnya tetapi, sedang asyik dibuai asmara, pasangan songsang itu kantoi apabila teman wanita Remy Ishak menerjah masuk ke dalam tandas.
4 - Nabila Huda
Filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan). Terdapat adegan Nabila Huda dirogol oleh Mat Rempit setelah kecewa dengan kekasihnya yang curang.
3 - Maya Karin
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
2 - Nurul Ain
Artis baru, Nurul Ain yang kini hangat diperkatakan dan mencetuskan kontroversi di dada akhbar dan internet apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang tubuhnya untuk adegan sebuah filem berjudul "Suatu Malam Kubur Berasap" tersebar luas di internet.Menurut Nurul Ain, gambar itu sepatutnya tidak tersebar kerana dalam persetujuan, gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu sebelum digunakan bagi tujuan promosi. Malah dia juga meminta maaf jika gambar tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak.
1 - Zul Handy Black
Lakonan Zul di dalam filem Mantra memaksa Zul berbogel selepas salah satu adegan menuntut ilmu hitam.Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
KISAH benar melibatkan pengamal ilmu hitam dan ajaran sesat di Bandung, Indonesia diterjemahkan secara mendalam dalam Mantra. Ejaan bagi judul filem tersebut juga sengaja dikekalkan kerana perahan idea dan jalan cerita berasal dari tanah seberang itu.
No comments:
Post a Comment