Showing posts with label ajaib. Show all posts
Showing posts with label ajaib. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Menakjubkan... Air Terjun Ini Membeku

Segala fenomena alam yang ada di sekitar kita boleh menjadi suatu pelajaran bagi kita, betapa kecilnya kita di hadapan sang pencipta, seluruh alam semesta dan jaringan raya ini adalah miliknya .. Seperti pada fenomena ganjil ini ini, pernahkah anda melihat sebuah air terjun membeku dan berhenti mengalir? ini adalah satu lagi bukti Kebesaran Allah SWT .. Mari kita boleh melihat Air Terjun Beku berikut ini.






Hebat..!!.Lelaki Ini Melukis Kaligrafi Dengan Menggunakan Air Matanya




Seorang pelari berumur 56 tahun asal China, Ru Anting, dikurniakan sebuah bakat yang luar biasa nan unik. Cuba anda bayangkan, dirinya boleh membuat sebuah tulisan kaligrafi dengan memancutkan air dari matanya. Awalnya Ia menghisap air menggunakan hidungnya, setelah itu air tersebut disemburkan melalui kelopak mata. OMG!!!

Ru mencari bakat uniknya ini ketika dirinya masih kecil. Ketika itu dirinya sedang berenang, Ia seringkali terminum air sungai tersebut. Setelah itu, secara tiba-tibat tidak sengaja air keluar dari matanya dan membuat teman-temannya terkejut.

Setelah kehilangan pekerjaan di sebuah kilang selama 20 tahun lamanya, Ru mula mengembangkan bakat uniknya tersebut. Setelah berlatih secara intensif, Ia pun boleh memancutkan air dari matanya secara tepat dari jarak 10 meter.




Wednesday, 14 August 2013

Pelik..!!.Anak Babi Ini Lahir Mirip Seperti Seekor Anak Gajah Di China


Anak babi aneh ini dilahirkan oleh induknya mirip gajah. Anak babi aneh ini mempunyai belalai seperti seekor gajah. China, Seekor babi melahirkan anak yang mirip gajah, lengkap dengan belalainya. Keanehan ini serta-merta menyebar ke segala penjuru dan orang pun berduyun-duyun datang untuk melihat keanehan itu.

Bayi babi itu bertubuh mulus, tetapi anehnya, telinganya lebar dan berbelalai. Sosok anak babi ini justru lebih mirip gajah kecil. Bayi babi ini lahir di ladang milik Li. Sekali melahirkan, babi biasanya melahirkan tujuh bayi.

Kejadian pada saat itu aneh kerana salah satu anak babi yang terlahir itu ketara seperti anak gajah. Setelah ditimbang, beratnya mencapai 1,000 gram. Tapi, anak babi gajah ini, tak dapat bertahan hidup kerana tidak ada susu. Ia hanya bertahan sembilan jam.

Mulut Paling Besar Pelahap Di Dunia!



Untuk menjadi terkenal di dunia kadang harus mempunyai kekhususan dalam diri baik sengaja mahupun semulajadi dari lahir. Di dunia ada pencatat rekod dalam hal-hal itu yang sudah diiktiraf sejak lama iaitu Guinness World Records. Siapapun yang masuk dalam GWR akan mendapat hadiah dan menjadi terkenal di dunia.

Seperti yang dilakukan oleh Fancisco Domingo Joaquim, warga Angola yangpada mulanya hanya cuba-cuba mengupload video tentang dirinya di youtube hingga mendapat perhatian dunia. Para pemerhati hal-hal aneh tergoda dan penasaran menyaksikan video Domingo di Youtube yang menunjukkan betapa lebar dan elastisnya mulut lelaki tersebut.

Akhirnya pasukan dari GWR berjumpa dengannya dan membuktikan kelebihan Domingo Di Angola Afrika sana. Ternyata benar seperti dalam videonya, Domingo mampu menunjukkan mulutnya yang lebar dan elastik. Bahkan mampu memasukkan dan memutar-mutarminumanl tin Coke tanpa bantuan tangan.
Mulutnya memang elastik hingga selebar 17 sentimeter atau 6,69 inci. Padahal mulut orang biasa normal hanya sekitar 7 sentimeter saja. sememangnya saja Domingo akan menarik perhatian dunia dan videonya di youtube ramai dikunjungi orang ini komentarnya.

Selain mulut terlebar di dunia, GWR juga menyerahkan piagam kepada pemenang keunikan lain seperti Jenggut terpanjang di dunia, Orang paling pendek, Manusia berbulu lebat dan Orang tahan bakar api.
Sekarang Domingo telah dinobatkan menjadi pemilik mulut terluas di dunia oleh Guinness World Records 2010 dan dia digelar sebagai Jaw Angola of Awe. Tidak dinyatakan di sini bagaimana si mulut besar itu melatihnya hingga boleh muat masuk tin sebesar itu. Bila Domingo diam sebenarnya tampak biasa dan mulutnya pun normal.

Domingo pun tidak bercerita apakah sakit atau tidak ketika bibir mulutnya ditarik kekiri-kanan, atas bawah hingga menutupi hidung dan janggutnya. Jangan dicuba! Ini gambarnya:



WOW terbinanya tangga ke syurga di China (10 Gambar)

 | Stairway To Heaven Hanya Di China. Sekiranya anda melihat tangga ini sudah cukup untuk membuat siapa pun kagum melihatnya. Tangga spiral ini dengan ketinggian 300 kaki atau 91 Meter telah dipasang di dinding Pegunungan Taihang di Linzhou untuk menawarkan sensasi gunung tanpa bahaya.



Pejabat pelancong China di Linzhou, Henan provinsi, berharap tangga ini akan memberikan pengunjung pengalaman nyata dari pergunungan.


Keluasan Gunung Taihang meliputi 250 mil dari utara ke selatan dan berjalan melalui Shanxi, Henan dan provinsi Hebei.

Jom lihat gambar- gambar Stairway To Heaven di bawah ini




 

[Video] Bayi 16 Bulan Berenang Sendirian Tanpa Bantuan Sesiapa


Pada usia 16 bulan, sesetengah bayi mungkin hanya mampu berjalan seketika sebelum jatuh terduduk atau berpegang pada sesuatu. Umumnya, pada usia itu, kebanyakan bayi tidak dapat menguasai aktiviti fizikal yang lain.

Namun begitu, rakaman luar biasa yang menunjukkan anak kecil berenang tanpa bantuan dan kelihatan selesa di dalam air benar-benar memeranjatkan penonton yang kurang biasa dengan fenomena tersebut.

Bayi itu berenang seperti dalam keadaan menyelam dan menterbalikkan badannya apabila perlu berehat dan menghirup udara.

Video yang turut mencetuskan debaran penonton ini juga banyak menerima kritikan khususnya daripada penonton yang bimbang bayi itu mungkin dipaksa berenang ketika dia letih atau pada masa dia tidak mahu melakukan aktiviti tersebut.

Namun begitu, nota daripada ibu bapa bayi ini menjawab komen dan keresahan sesetengah penonton video tersebut. 

Menjawab komen-komen tersebut, Adam SM, yang mengeposkan video itu di Youtube, menjelaskan bahawa dia ialah jururawat berdaftar dan isterinya pula jurulatih renang dan anggota penyelamat selama enam tahun.
Beliau juga menjelaskan bahawa mereka berdua merupakan profesional terlatih dalam CPR dan keselamatan di dalam air serta mempunyai sijil dalam bidang tersebut. 

Tulisnya lagi, bayi yang dinamakannya sebagai Elizabeth itu telah dilatih oleh pengajar bertauliah yang mempunyai pengalaman mengajarkan sumber renang bayi (ISR) teknik renang dan menyelamatkan diri.

Sambil menegaskan bahawa Elizabeth tidak dipaksa berenang dalam keadaan letih atau melakukan aktiviti tersebut tanpa kerelaannya, Adam turut menggesa ibu bapa mengajar anak masing-masing berenang bagi mengelakkan mereka lemas ketika mandi-manda atau tergelincir ke dalam kolam renang. -DCM/DM

Sambung pembacaan anda di sini.



Safe: The parents of the swimming baby explain that their daughter is a determined little girl



Monday, 5 August 2013

Mengejutkan! Wanita 50 Tahun Mengandung Seekor Ular



Satu kejadian aneh menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Namanya adalah Rasheedan Bibi. Wanita pakistan ini mengandungkan seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan.
Apabila merasakan perutnya membuncit, dia telah menyangka dirinya sedang mengandungkan bayi. Tetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.
Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar. Tetapi dia semakin merasa sakit seiring perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.
Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskinan. Apabila doktor yang memeriksanya membuat imbasan bayi, keputusan yang diterima amat mengejutkan.
Bukan silap mata dan bukan juga sihir, hasil imbasan bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.
Bibi merasakan kejadian pelik bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. Dia merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.
Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas itu apabila Bibi mulai merasakan sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.
Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak punya wang, Bibi telah meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.
Bersyukurlah Perdana Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa itu telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu. – 2dayblogger

Sunday, 4 August 2013

10 Kanak-Kanak Ajaib Di Dunia

 1. KIM UNG-YONG
Manusia ber IQ tertinggi di dunia.lair pada tahun 1962. anak dari korea ini dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Pada usia 4 tahun beliau sudah boleh membaca hurf jepun,Korea,Jerman dan Inggeris.Pada umur 5 tahun belia mampu memecahkan masalah soalan kalkulus. Beliau telah mencatatkan namanya dalam Guinness Book of World Records dengan Highest IQ 210.

2. GREGORY SMITH
Mendapatkan penghargaan nobel pada usia 12 tahun.lahit pada tahun 1990, beliau mencatatkan namanya pada nobel perdamaian berkat usahanyya dalam mendirikan International Youth Advocates yang meruapakan perhimpunan anak muda seluruh dunia. beliau pernah bertemu secara langsung dengan presiden bush dan Mivhael Gorbacev.

3. AKRIT JASWAL
Doktor bedah diusia 7 tahun mendapat julukan ‘kanak-kanak terpintar di dunia’ telah melekat pada beliau, seorang kanak-kanak dari India. dia mengejutkan orang awal apabila pada umur 7 tahun telah melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan di tempatnya. gadis itu menderita luka terbakar di tangan hingga tanganya tidak dapat dibuka dan jaswal pun melakukan pembedahan itu hingga jemari  gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia dan diterima di universiti pada usia 11 tahun.

4. CLEOPATRA STRATAN
Penyanyi kanak-kanak berusia 3 tahun dengan gaji 1000 per lagu. lahir pada 6 oktober 2002 di Chisinau. dia adalah pencatat sejarah dalam industri muzik sebagai seorang penyanyi. dengan albumnya pada tahun 2005 La V,rsta De Trei Ani (pada usia 3 tahun). dia mencatar rekot sebagai artis cilik yang tampul di atas panggung dengan ribuan peminatnya. dia juga menerima pernghargaan MTV Award sebagai artis termuda yang mencetek #1 Hit.

5. AELITA ANDRE.
Pelukis di usia 3 tahun. anak kelahiran Australia ini ketika baru berumur 2 tahun sudah menunjukkan kualitinya sebagai genius. dia memiliki sebuah gedung pertunjukan untuk karya-karya abstraknya. pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street galeery di Melbourneis Filzroy tertaruk emlihat sebuah gambar lukisan dari aelita Andre dan dia meninginkan Aelita bergabung dalam kumpulanya kerana bakat lukisannya itu. ketika undangan telah dibuat, ia terus saja menyedari bawahwa Aelita adalah kanak-kanak yang baru berumur 22 bilan. namun ia tetap meneruskan pertunjukkanya itu.






6: MICHAEL KEVIN KEAULUS
Kuliah pada umur 10 tahun Keaerny, lahir pada tahun 1984 telah menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun. dan tercatat sebgai sarjana termuda. beliau mengajar di universiti pada usia 17 tahun. namanya semakin melonjak ketika memenangi sebuah kuiz online. pada tahun 2006, dia mencapai peringkat final di tanda burnet/aol perebutal Gold Rush, permainan menguji/teka-teki dan menjadi pemenang pertama 1 juta di dalam permainan realiti online.

7. FABIANO LUIGI CARUANA
Grandmaster pada usia 14 tahun. seorang anak berwarga negara Amerika dan itali ini sungguh genius. pada tahun 2007 ia memperoleh Grandsmaster, 11 bulan 20 hari. sejarah telah mencatat namanya sebgai grandsmaster termuda. pada april 2009 dia memperolehi Elo rating 2649 dalam usianya yang di bawah 18 tahun, menjadikanya sebagai pemoleh ranking terbanyak dan menakjubkan, perkara itu dikaukanya sebelum usianya genap 18 tahun.

8. ELAINA SMITH
Penyiar berusia 7 tahun. dalam usia 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi usianya. Elaina banyak memberikan solusi atau penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. bagaimana caranya memutuskan hubungan, bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmoni dan sebagainya.

9. WILLIE MOSOCONI.
Permain biliard profesional pada usia 6 tahun dan mendapat julukan ‘Tuan Poket Biliard’. berasal dari philadelphia, Pennsylvania, ayahnya seorang pemilik tempat biliard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain maka dia sering berimprovisasi dengan batang penyapu milik ibunya. ayahnya melihat bakat anaknya yang sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya. antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selamnya 15 kali tampa pernah kalah sekalipun. dia emncipta pelbagai macam trick dan tipu muslihat, emncipta banyak rekod dan menjadikan biliard sukan yang terkenal..

10. ADI PUTRA
Siapa tak kenal dengan kanak-kanak cilik ini..lahir pada 27 Januari 1999 merupakan seorang kanak-kanak pintar dalam matematik.Beliau pernah mengikuti program A-level Kolej Matrikulasi UIA Malaysia.Berasal dari pekan kecil Bagan Serai,Perak merupakan kanak-kanak paling pintar di Malaysia. Pada Ogos 2008, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar tahun satu hingga enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru.

Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

awan pelik 590x442 Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

Pernah korang tengok awan yang seram atau luar biasa di langit? Banyak kejadian seperti ini telah direkodkan. Apa itu awan? Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pelbagai bentuk yang aneh boleh dihasilkan oleh awan. Jom kita lihat antara awan-awan yang seram dan aneh pernah dijumpai. Jom lihat gambar pelik ni! 

awan gelap Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

awan gulung Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

Awan Seram di Ladang USA Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

awan seram Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

awan takut Gambar Awan Seram di Langit (Subhanallah!)

Melihat awan ciptaan Allah dapat menghasilkan pahala dan damai di hati. Ianya kerana setiap hidupan yang dicipta Allah di dunia ini sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah.

Saturday, 3 August 2013

Warga Emas Terkejut Jumpa Seikat Wang di Tepi Jalan

Warga Emas Terkejut Jumpa Seikat Wang

TEMERLOH – Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui seikat wang kertas bernilai ribuan ringgit di tepi jalan utama ke bandar Temerloh dekat Kampung Padang Tenggala, di sini, tiga hari lalu.

Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.
Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun tidak menghiraukannya.
“Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik rasa hati untuk memberhentikan motosikal.
“Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang dengan rakan,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.
Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.
Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini  supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor

Wanita Mengandung Guna Air Mani Yang Diseludup

Wanita

Palestin – Seorang wanita Palestin telah melahirkan anak dengan persenyawaan menggunakan air mani yang diseludup daripada suaminya yang kini menjalani hukuman penjara selama 25 tahun.
Lida, 34, melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Majd pada Rabu lalu.

Menurut agensi berita Ma’an, bayi berkenaan dilahirkan di Klinik Razan selepas Lida menjalani rawatan IVF, menggunakan mani Abdul Kareem al-Rimawi diseludup dari penjara.
Abdul Kareem sudah berada di penjara selama 12 tahun.
Ia merupakan kelahiran kedua melalui proses IVF yang dijalankan di klinik terbabit.
Tahun lalu, seorang wanita, Dalal Rabayaa juga melahirkan anak lelaki di klinik yang sama selepas air mani suaminya diseludup di penjara.
Bagaimanapun kaedah penyeludupan itu tidak didedahkan bagi tujuan keselamatan.
Menurut sumber perubatan, setakat ini terdapat 16 wanita yang mendakwa mengandung dengan air mani yang diseludup daripada suami mereka yang ditahan di penjara Israel.

Sunday, 28 July 2013

Bola Besi Misteri Tiba² Jatuh Dari Langit Menghebohkan Penduduk Setempat

                              Sebuah bola bulat besi pelik tiba-tiba jatuh dari langit di Brazil, penduduk tempatan menyebutnya sebagai bola UFO kerana jatuhnya tiba-tiba dari atas langit tanpa tanda-tanda. Hal ini terjadi di negara bahagian Maranhao. Dengan diameter hampir 1 meter dan mempunyai berat 30 hingga 50 kg. Insiden yang sama pernah terjadi di Namibia para ahli luar angkasa Russia meramalkan benda tersebut adalah sebahagian daripada roket Soyuz milik mereka.