Tuesday 24 September 2013

Video: Pemain Bola Sepak Pengsan Setelah Diberikan Kad Merah Pengadil





Video: Pemain Bola Sepak Pengsan Setelah Diberikan Kad Merah Pengadil - Nasib sial dialami pertahanan FC Groningen, Timo Letschert. Bek 20 tahun itu pengsan selepas mendapat kad merah ketika Groningen dikalahkan Heerenveen 2-4 di Stadium Abe Lenstra pada lanjutanEredivisie, Minggu 15 September 2013.

Pertandingan Groningen melawan Heerenveen berlangsung dengan keras. Tiga kad merah tercipta pada drama enam gol tersebut. Letschert menjadi pemain pertama yang mendapat kad merah ketika perlawanan baru berjalan 11 minit.

Letschert mendapat kad merah langsung setelah melakukan tekel keras terhadap winger Heerenveen, Luciano Slagveer. Sial bagi Letschert, kepala pertahanan dengan nombor belakang 14 itu sempat terkena lutut kanan Slagveer.

Awalnya, Letschert masih sedar apabila pengadil mengeluarkan kad merah. Bahkan, bek berambut perang itu sempat berdiri dan terkejut dengan keputusan pengadil. Namun, beberapa saat kemudian Letschert tidak sedarkan diri.

Berikut Videonya:







Seperti yang dilaporkan oleh Dirty Tackle, Letschert pengsan kerana sakit di bahagian kepala akibat terhantuk lutut Slagveer. Letschert pun diusung ke luar lapangan dengan keadaan tidak sedarkan diri.

Kesialan Letschert bertambah setelah Persekutuan Bola Sepak Belanda (KNVB) menjatuhkan hukuman tiga kali pengharaman bertanding. Pihak Groningen memutuskan untuk melakukan rayuan ke KNVBIsnin 16 September 2013.

No comments:

Post a Comment