Sunday 25 August 2013

Seram..!!. Kerana Terlalu Kerap Melakukan Skuba Diving Mata Wanita Ini Berubah

mungkin akibat terlalu kerap melakukan skuba diving...menyebabkan matanya berubah!!...entahlah!! ngeri oooo....jangan tengok lama-lama nanti sakit mata!



Misteri Perayaan Mencungkil Mata di India

Satu lagi festiva ritual unik yang di lakukan di India, ritual tersebut bernama Khwaja Chishti Moinuddina. Namanya festival tentunya di hadiri oleh banyaka orang, yang unik dari ritual ini adalah para peserta menusuk matanya pada bahagian atas dengan benda runcing atau benda tajam sehingga matanya terbeliak seperti hendak keluar.

Saya tidak mengetahui tujuan dari ritual ini apa? Pastinya festival ini di hadiri ramai peserta dan melakukan perkara yang sama.









Seram..!!. Kerana Terlalu Kerap Melakukan Skuba Diving Mata Wanita Ini Berubah




Extreme, jom tgk video di bawah




sumber : http://www.youtube.com/watch?v=vXueDMBooF
U

10 Filem Hollywood Yang Paling Banyak Di Download

Seberat apapun hukuman yang dikenakan bagi para perampas filem, dan sekeras apapun pelbagai pihak melarang rampasan film, tindak jenayah ini tetap saja terjadi. Bahkan semakin tahun jumlahnya semakin banyak.Entah kerana tak mahu mengeluarkan wang untuk membeli tiket wayang, atau kerana filemnya memang tak dimainkan di negaranya, atau bahkan dengan alasan ingin mengkoleksi tanpa perlu membeli DVD asli, berjuta-juta orang memilih menonton filem cetak rompak (baik melalui DVD cetak rompak atau men-download secara haram) dan high alakadarnya berbanding mengeluarkan sedikit wang lebih dan menonton yang original.Dan fenomena ini tidak hanya terjadi di Indonesia. Analisis yang didapati dari beberapa laman torrent yang boleh diakses dari pelbagai penjuru dunia menunjukkan bahawa inilah sepuluh filem yang paling banyak download

                                                        10. Twilight - 8,72 juta download
Setelah membeli semua buku Twilight Saga plus semua majalah yang memaparkan gambar Robert Pattinson di muka depannya, para penggemar Twilight mungkin tak mempunyai baki wang untuk membeli DVD originalnya. Download menjadi salah satu pilihan saat mereka rindu pada Edward Cullen dan ingin menonton semula.


9. Iron Man 2 - 8,8 juta download
Lakonan Robert Downey Jr sebagai Tony Stark di filem ini dipuji banyak orang, dari mulai pengkritik filem hingga pecinta komik. Tak hairan jika Iron Man 2 menjadi salah satu filem yang paling banyak dicetak rompak



8. The Hangover - 9,18 juta
Semasa The Hangover baru dikeluarkan di pawagam, tak ada yang menyangka filem ini akan meraih kejayaan sebesar ini. Hampir semua penonton berusia di bawah 35 tahun menyukai filem komedi yang dibintangi Bradley Cooper ini. Oleh sebab sangat sukanya, mereka mungkin memutuskan untuk men-download-nya untuk kemudian menontonnya bersama teman-teman satu geng.


7. Rock 'n' Rolla - 9,43 juta download

Tak seperti filem lain di dalam senarai ini yang pernah masuk senarai box office, Rock 'n' Rolla adalah film besutan Guy Ritchie yang sebenarnya kurang berjaya di pasaran. Namun Guy Ritchie tetaplah seorang pengarah yang disuka banyak orang. Hanya saja penggemarnya mungkin tak ingin membuang wang di pawagam untuk menonton filem yang mendapat banyak kritik ini. Maka download lah pilihannya.



6. Shutter Island - 9,5 juta download
Martin Scorsese sebagai pengarah dan Leonardo DiCaprio sebagai pelakon utama biasanya memang jadi resepi kejayaan sebuah filem. Shutter Island tak terkecuali. Berjaya di box office, berjaya pula jadi incaran download.



5. Inception - 9,7 juta download
Benar kan? Film yang dibintangi Leonardo DiCaprio selalu jadi kegemaran pecinta filem (dan pen-download). Film yang dialu-alukan pengkritik dan mendapat rating tinggi biasanya membuat orang ingin mengoleksi DVD-nya. Bagi sebahagian orang, mengoleksi file-nya di laptop.

4. Transformers: Revenge of the Fallen - 10,6 juta download
Filem ini laris cetak rompak, bukan saja kerana para Autobots dan Decepticons yang lawa-lawa, tapi kami yakin juga berkat kemunculan Megan Fox. Kita lihat saja apakah Rosie Huntington-Whiteley yang menggantikan Megan Fox boleh membuat Transformers 3: Dark of the Moon dicetak rompak sebanyak ini.



3. Star Trek - 10,96 juta download
Film ini menduduki kedudukan pertama dalam senarai filem yang paling banyak di downlod di tahun 2009. Tahun berikutnya, kedudukannya turun, tapi ia masih berada di kedudukan 3 ter stas



2. Kick-Ass - 11,4 juta download
Dalam dunia film, Kick-Ass boleh disebut sebagai si kuda hitam. Sebelum dikeluarkan, filem superhero yang dibintangi sejumlah pendatang baru ini tak banyak dibicarakan orang, tapi begitu dimainkan, semua memuji. Bahkan filem ini dianggap sebagai filem cult yang wajib dikoleksi.

1. Avatar - 16,58 juta download
Salah satu film paling berjaya sepanjang masa ini juga menjadi filem yang paling banyak didownlod sepanjang tahun. Entah kenapa begitu banyak orang yang ingin menonton filem ini di skrin komputer dengan kualiti rendah, padahal yang diagung-agungkan dari Avatar adalah visual yang canggih dan kesan 3D-nya yang menakjubkan.

Koleksi Gambar-Gambar Menyeramkan dari Abad ke 19

Nama Oscar Gustav Rejlander mungkin sangat asing di telinga kita semua. Namun tokoh yang satu ini merupakan seorang seniman terkenal di abad ke 19 yang merupakan seorang pioneer dalam teknik photomontage, iaitu teknik menyatukan beberapa buah gambar ke dalam satu gambar yang padu.

Namun selain terkenal dengan teknik photomontage, Oscar juga mengembangkan teknik khusus dalam fotografi, yang ia beri nama "trick photography '. Hasil dari teknik khusus ini sangat menakjubkan bagi masyarakat di abad ke 19 ..

Berikut ini hasil karya dari Oscar Rejlander ..







Kelakuan Nakal Kanak-Kanak Bila Berhadapan Wanita Seksi

Sila saja anda menafsirkan apa saja tentang foto foto ini, namun tetaplah berfikiran positif agar apa yang kita lakukan keluaran nya positif pula, jangan tertipu dengan gambar atau foto foto yang bertebaran di alam maya internet ini!..






Apa Yang Di Lakukan Wanita Ini Dengan Berus Gigi Gergasinya

Badak air di Zoo Shanghai mempunyai gigi mereka diberus tiga kali seminggu - dan haiwan seolah-olah seronok





Kumpulan Rock Muslimah India Diancam Rogol & Bunuh


New Delhi: Sebuah kumpulan rock yang seluruh ahlinya terdiri daripada wanita Islam membatalkan pertunjukannya di Kashmir setelah menerima ancaman rogol dan bunuh. Ancaman itu antara lain disampaikan melalui Facebook.

"Pragaash", nama kumpulan ini, terkenal setelah menerima banyak penghargaan pada usianya yang baru berumur setahun jagung. Namun sejak itu mereka juga menjadi sasaran serangan pihak ekstremis.. Ancaman yang dilontarkan di Facebook telah dilakukan berkali-kali oleh sejumlah orang yang besar.

Pengancam itu mengatakan ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Pragaash yang memabawa maksud "cahaya", selain mereka patut diperkosa dan direjam di sungai.

Di halaman Facebook Kashmir News, ancaman juga turut dilontarkan. Dengan mempamerkan gambar kumpulan itu, pengancam menulis, "Secara peribadi, saya menganggap mereka sebagai anak yang tidak tahu malu."

Anggota band, Farah Deeba (gitaris), Aneeka Khalid (vokalis), dan Noma Nazir (gitaris) menolak untuk membicarakan masalah ini. Namun mereka dikhabarkan sangat terancam dengan ancaman tersebut. Kini mereka bersembunyi di sebuah tempat di New Delhi.

"Mereka kecewa. Mereka menangis, tetapi aku cuba meyakinkan mereka untuk terus bergiat aktif" kata Adnan Mattoo, pemilik Band Inn, sebuah akademi muzik yang melahirkan kumpulan ini. "Mereka hanya lah anak remaja 15 tahun yang masih terlalu muda untuk menghadapi ancaman seperti itu.

Menteri Besar Jammu dan Kashmir, Omah Abdullah, menyatakan sokongannya terhadap kumpulan muzik ini. Ia berharap "segelintir orang bodoh tidak akan mencengkam minat mereka".

"Memalukan, mereka menggunakan kebebasan berbicara melalui media sosial dan kemudian menggunakan kebebasan itu untuk mengancam anak perempuan yang memiliki hak untuk bernyanyi," kata Omah. -



Kota Bewarna Biru Yang Penuh Misteri DI India



Di India, terdapat sebuah kota yang keseluruhan rumahnya bercat biru. Kota tersebut adalah Jodhpur, bandar kedua terbesar di negeri Rajasthan, India. Terletak 335 kilometer (208 mil) barat dari ibu negeri Jaipur.

Kota ini menjadi destinasi pelancongan yang popular, selain keunikan warna biru yang menyelimuti seluruh kawasan, Jodhpur juga memiliki tarikan lain seperti istana dan kuil-kuil. Kota ini juga dikelilingi oleh tembok batu tebal.

Berkunjung ke tempat ini tidak perlu bergantung dengan musim, kerana cuacanya selalu cerah sepanjang tahun. Oleh sebab itu, Jodhpur juga dikenali sebagai "Sun City". Meskipun jolokan yang lebih terkenal disebut sebagai "Kota Biru".  

Yang menarik, alasan penduduk mengecat rumah mereka menjadi biru masih menjadi misteri. Kebanyakannya bila disoal mengapa mereka mengecat rumah mereka dengan warna biru, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang pasti.

Namun demikian, beberapa sumber menyebut alasan-alasan berikut ini:

1. Warna biru dipilih mengikut orang-orang berkasta Brahmana yang selalu mengecat rumah mereka dengan warna biru, kerana dewa-dewa biasanya selalu berwarna biru.

2. Warna biru untuk mengusir nyamuk

3. Menurut pendapat penduduk Jodhpur, warna biru dapat mendinginkan suasana rumah.

Untuk menikmati keindahan lanskap Jodhpur, ia boleh dilihat dari tembok Meherangarh. Tembok setinggi 35 meter ini memiliki jendela-jendela batu untuk melihat pemandangan di luar. Dari tempat inilah para pelancong dapat mengagumi jajaran rumah biru yang sampai kini masih diselimuti misteri.