Friday 9 August 2013

Mercedes Benz milik Yang di-Pertuan Agong hancur kemalangan


Kenderaan rasmi milik Yang di-Pertuan Agong jenis Mercedes Benz yang menghala ke sebelah utara terbabit dalam satu kemalangan di KM368.9, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Slim River.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supretenden Osman Nayan kepada Harian Metro.

“Kereta pengiring cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta lain yang tidak dipastikan nombor pendaftarannya apabila pemandunya memperlahankan kereta secara tiba-tiba."

“Oleh kerana jarak terlalu dekat pemandu kereta pengiring turut membrek sebelum dilanggar dari arah belakang oleh pemandu kereta rasmi Yang di-Pertuan Agong.”

Menurut Osman, walaupun pemandu kenderaan rasmi itu dan dua anggota pengiring terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kereta rasmi Yang di-Pertuan Agong mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Turut mengalami kerosakan ialah bahagian belakang kereta dua anggota pengiring itu. Kejadian itu dilaporkan berlaku di laluan lurus dengan permukaan jalan yang kering dan berstruktur baik

No comments:

Post a Comment