Friday 9 August 2013

Emma Maembong tewas mengejut kepada Nelydia Senrose


Emma Maembong dan Nelydia Senrose ialah dua selebriti di industri tanah air tempatan yang semakin popular. Kedua-duanya sama cantik dan menawan, dan masing-masing merupakan pelakon wanita utama bagi drama Cinta Itu Milikku dan Setia Hujung Nyawa. Bagaimanapun, sejak penayangan drama Setia Hujung Nyawa, populariti Nelydia Senrose di Engine Google semakin meningkat.


Banyak blog berpusu-pusu untuk menulis entri berkenaan personaliti Nelydia Senrose dan tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonannya dalam drama Setia Hujung Nyawa. Aku sendiri memang terlebih minat kat minah cantik ini. Untuk informasi korang, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan bangsa Kelantan dan Siam, manakala Emma Maembong kacukan bangsa Melayu dan Scottish.


Dalam rekod data keywords nuffnang blog aku, nama Emma Maembong dan Nelydia Senrose telah tersenarai sebagai antara carian tertinggi kat blog ini. Memang hebat mereka ini, semakin ramai peminat. Secara analisis, jumlah carian bagi nama Nelydia Senrose melebih 40 peratus berbanding jumlah carian bagi nama Emma Maembong. Wah, ini merupakan satu kejutan dalam industri tanah air kerana Emma Maembong akhirnya tewas juga kepada pelakon drama lain. Aura drama Setia Hujung Nyawa benar-benar telah menaikkan populariti Nelydia Senrose.

No comments:

Post a Comment