Wednesday 21 August 2013

Gambar Nurul Syafiqah, kekasih baru Mamat kumpulan Sepah (10 Gambar)


mamat sepah, pelawak, pelakon, artis, hiburan, Nurul Syafiqah

Gambar Nurul Syafiqah, kekasih baru Mamat - Sejak keluar dari kumpulan Sepah kira-kira dua tahun lepas, Mamat kini lebih selesa bergerak secara sendiri. Bagi bekas kekasih kepada Fida itu, dia mengakui semakin matang dan kuat untuk berdepan dengan apapun cabaran dan dugaan dalam dunia hiburan tempatan.
Terbaru, Mamat telah muncul bersama seorang gadis cantik di Anugerah Lawak Warna 2013 anjuran Astro yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kehadiran si gadis comel itu mengundang pertanyaan dari kalangan penonton yang nyata cukup terkejut dan kagum dengan kecantikannya.

Ketika beliau ditanya berhubung kehadiran gadis itu bersamanya, Mamat dengan bersahaja mengakui adalah kekasih barunya selepas putus cinta dengan Fida Ibrahim lebih setahun lalu, dipetik dari rotikaya.

Dikenali dengan nama Nurul Syafiqah Zakaria berusia 23 tahun, si gadis comel itu dilihat mengenakan gaun kurung peplum bewarna peach. Difahamkan, Nurul Syafiqah sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di Management and Science University (MSU) Shah Alam.

Mamat turut ditanya tentang sejauh mana seriusnya hubungan cinta mereka dan dia memberitahu mahu kekasihnya menumpukan terlebih dahulu kepada pelajaran sebelum merancang untuk berkahwin.

“Saya nak dia (Syafiqah) habiskan study dia dulu. saya tak mahu nanti menggangu pelajaran dia. Bila dah selesai semua, baru kita rencana agenda seterusnya. Kalau nak kawin nanti, pasti saya umumkan.”

“Mula-mula kami tak terfikir nak serius pun. Lama kelamaan makin rapat dan terbit keserasian antara kami.”

“Dia jugalah menjadi tulang belakang saya sekarang selepas keluarga saya. Masa saya tengah ditimpa banyak gosip berat, dia sentiasa ada dengan saya.”


Di bawah ini ialah beberapa keping gambar Mamat, bekas ahli Kumpulan Sepah bersama kekasih barunya, Nurul Syafiqah Zakaria ketika hadir di Majlis Anugerah Lawak Warna 2013 anjuran Astro.

mamat sepah, pelawak, pelakon, artis, hiburan, Nurul Syafiqah

mamat sepah, pelawak, pelakon, artis, hiburan, Nurul Syafiqah

mamat sepah, pelawak, pelakon, artis, hiburan, Nurul Syafiqah

No comments:

Post a Comment