Tuesday 24 September 2013

Kerana Sering Di Ejek "Mulut Jerung" Wanita Ini Melakukan Pembedahan Plastik Pada Rahangnya

Nama gadis cantik ini adalah Leanne Woodfull, usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering mendapat ejekan jahat mengenai bentuk rahangnya yang menonjol. Bentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigi apabila usianya masih 11 tahun. Ejekan demi ejekan diterima Leanne hingga dia remaja, rakan-rakannya sering mengatakan mulutnya mirip jerung.



"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan saya sangat senang sudah boleh tersenyum dengan keyakinan," ujar Leanne. "Saat menatap cermin, saya senang dan relief kerana 'jerung' gadis yang kukenal akhirnya hilang," katanya.

Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku
Bukan tanpa alasan Leanne melakukan pembedahan pembaikan bentuk rahang. Bertahun-tahun mendapat ejekan dan ditertawakan temannya sendiri adalah hal yang sangat menyakitkan, membuat rasa percaya diri hilang. Leanne bahkan berfikir bahawa wajahnya cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mau memajang fotonya di dinding rumah. Kadang Leanne menutupi dagunya dengan selendang.





keluarga Leanne sering mengatakan bahawa dirinya cantik, apapun bentuk fizikalnya, apapun yang dikatakan orang lain. Namun tetap saja, ejekan dari rakan-rakannya sangat menyakitkan, apalagi didengar hampir setiap hari. Rasa tertekan itu akhirnya membuat Leanne berani melakukan pembedahan agar rahangnya tampak normal.


"Awalnya saya bimbang, kerana sesaat setelah aku pembedahan, wajahku berantakan, tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal," ujar Leanne. "Saat pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya," katanya dengan wajah bahagia.
Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yang percaya diri. Dia senang difoto dan memakai pakaian bergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaan ini kerana tidak ada lagi yang mengejek atau menertawainya.
"Kawan saya bilang, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," ujar Leanne.

No comments:

Post a Comment