Tuesday, 28 May 2013

[15 Foto] Latihan Untuk Menjadi Pelayan Keretapi di China

Di negara China ada sistem keretapi halaju tinggi. Sistem keretapi ini mempunyai pramugari mereka sendiri yang melayan penumpang sepanjang perjalanan. Seperti pramugari kapal terbang pramugari keretapi juga menjalani latihan intensif supaya layanan terhadap penumpang memenuhi piawaian majikan. Mereka diajar cara untuk senyum dan duduk yang betul. Postur badan dan cara tunduk hormat kepada penumpang juga diajar. Keseragaman itu penting. Mari lihat sendiri Awan Dania versi keretapi!




 
 
 Sumber- SeriusBlog.blogspot

Luahan Hati seorang Gadis Menjadi Kontrovesi



IBU KURUNG ANAK SEPERTI ANJING

MUXIANG memberikan makanan kepada anak lelakinya yang dikurung di rumahnya di Kampung Lijiachong, Ruichang pada 24 Mei lalu.- AFP

RUICHANG, China - Seorang lelaki yang menghidap sakit mental, Wu Yuanhong dikurung dalam sebuah kurungan sejak 11 tahun lalu di rumah ibunya di Kampung Lijiachong di sini.

Menurut laporan media, Yuanhong dikurung selepas dia didakwa memukul seorang kanak-kanak berusia 13 tahun sehingga mati.

Kaki lelaki berusia 42 tahun itu turut dirantai semasa dia berada di dalam kurungan tersebut.
Ibu Yuanhong, Wang Muxiang membina kurungan itu selepas dia melarikan diri dan berjalan di sekitar kampungnya sehingga menakutkan penduduk tempatan.

Beberapa anggota keluarganya yang lain turut menangis semasa dia dikurung.
Yuanhong pernah melarikan diri tetapi dia berjaya ditangkap semula dan dimasukkan ke dalam sebuah kurungan baharu.

"Anak saya mungkin gila dan memukul seseorang sehingga mati. Namun, dia masih lagi anak saya.
"Membina sebuah kurungan dengan tangan saya sendiri dan mengurungnya merupakan satu keputusan yang pahit untuk ditelan," kata ibunya itu.

Muxiang memberi makan tiga kali sehari kepada anaknya. Dia juga meletakkan pakaian di dalam kurungan itu.

"Setiap kali saya memberikannya makan, saya akan duduk di tepi kurungan dan menangis.
"Kini, air mata saya telah kering," katanya.

Misteri Ular Gergasi Di Mesir Terbongkar

Sejak tahun dari lepas lagi banyak blog memaparkan gambar seekor ular gergasi yang telah ditangkap.Ular ini telah dibawah naik lori yang panjang.Nak tengok gambar sebenar? lihat gambar yang telah dizoom dibawah,


Berita yang disebarkan dibawah:

Seekor ular gergasi yang menakjubkan telah dijumpai di Laut Merah dimana telah mengorbankan seramai 320 orang pelancong dan 125 penyelam dari Mesir.

Ular ini telah berjaya dibunuh oleh sepasukan saintis profesional elit Mesir dan penyelam bertauliah.



Nama-nama ahli sains yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi tersebut ialah: Dr. Karim Mohammed, Dr. Mohammed Sharif, Dr.

Mr.Sea,Pelajar Dr.Mahmoud dan Dr.Mazen Al-Rashidi

Manakala nama-nama penyelam yang mengambil bahagian dalam operasi menangkap ular gergasi tersebut diketuai oleh Ahmed, Abdullah Karim,Knight seorang nelayan, Wael Mohammed, Mohammed Haridi,Alvajuma seorang pakar lembing, Mahmoud Shafik,kumpulan Sharif.

Bangkai ular tersebut telah dipindahkan ke dalam bilik simpanan haiwan antarabangsa di Sharm El Sheikh Mesir.

Budak 6 Tahun Pinang anak Dara Orang di Facebook


Fuyyoo....! Baru Darjah 6 Pinang Anak Dara Orang kt FB Je...!!!


kui...kui...kui..!!!

Rahsia dan Cara Melakukan Servis Sidek Kini Terungkai


Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.



Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?

Rahsia Gerakan Michael Jackson Didedahkan


Pasti semua pernah melihat bagaimana Michael Jackson melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya beliau telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatentkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh dilihat melalui Google Patents.


Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak yang unik dan ia akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti graviti tersebut. Oh, sekarang barulah admin tahu macam mana MJ melakukan gerakan yang boleh dikatakan amat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.