Maaf kalau ada wanita yang pernah tidur macam ni, bukan nak memalukan cuma perkara ni rasanya boleh diubah jika boleh lah.. Lihat wanita dalam gambar ni, memang dahsyat gila! mulut ternganga keatas dengan keadaan tidur separuh mati..apapun boleh masuk didalam mulut tu, huh! tolong jangan tidur macam ni..jatuh maruah dan keayuan tu tau haha..
Sunday, 14 April 2013
Aksi Angkara Terlalu Penat Bekerja....Barangkali
Maaf kalau ada wanita yang pernah tidur macam ni, bukan nak memalukan cuma perkara ni rasanya boleh diubah jika boleh lah.. Lihat wanita dalam gambar ni, memang dahsyat gila! mulut ternganga keatas dengan keadaan tidur separuh mati..apapun boleh masuk didalam mulut tu, huh! tolong jangan tidur macam ni..jatuh maruah dan keayuan tu tau haha..
Gempar! Sekolah di Indera Mahkota Dipenuhi Gangguan Makhluk Ghaib

Demikian kata Roziana, 45 (bukan nama sebenar) ibu salah seorang pelajar yang mengalami histeria di sebuah sekolah menengah dekat Indera Mahkota di sini. Roziana berkata, ini kali pertama anaknya mengalami gangguan seperti itu walaupun sudah beberapa kali kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan. “Tidak sangka pula, kali ini anak saya pula yang menjadi mangsa.
“Apabila bercerita mengenai rupa mahkluk yang hodoh itu, anak saya akan takut dan tidak mahu ke sekolah kerana bimbang akan terserempak lagi,” katanya. Ketika kejadian, anak perempuan Roziana yang merupakan pelajar tingkatan dua berdiri di koridor sekolah pada waktu rehat sebelum menjerit apabila melihat makhluk hodoh tersebut. “Sejurus selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah, saya terus bergegas ke sana dan mendapati anak saya sudah sedar biarpun masih ketakutan.
“Mujur ada guru dan ustaz yang tolong anak saya jika tidak, saya pun tidak tahu apa nasib anak saya,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Rosdi Ismail berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan tindakan segera telahpun diambil oleh pihak sekolah. Menurutnya, itu kejadian kedua yang berlaku di sekolah tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan sesi pembelajaran.
“Kita nasihat pelajar terbabit supaya berubat dan ibu bapa serta guru diharap sentiasa memantau pelajar sekolah itu,” katanya – Sinar Harian
Kegilaan Pak Arab : Range Rover Ditampal Syiling 57,412 dirham



Peliknya, mamat nih Ali Hassan Gharib, 29, melekatkan syiling (RM47,650) pada keretanya yang berharga RM210,000. Tindakannya itu menyebabkan kenderaan itu kini berharga lebih RM2.5 juta. Walaupun selepas dilekat dengan setengah tan syiling, Range Rover ini masih boleh meluncur selaju 120 kilometer sejam tanpa menjatuhkan syiling-syiling tersebut.
Dipercayai syiling-syiling tersebut digamkan dengam gam gajah buatan Jerman yang mampu melekatkan seekor salamender pada cermin. Ali berkata: “Saya mahu mendapatkan syiling dari setiap negara dan lekatkanya pada kereta ini.” Begini lah gelagat orang kaya dari tanah Arab yang mempunyai harta tak terkira banyaknya.
credit to mysensasi.net
Saturday, 13 April 2013
Tornado - Teras (Teras Cover)
Reptilia - Wira Syaitan (Gravity Cover)
Lagu asal dari kumpulan Gravity, Album Anak Langit. Lagu ini dibawa live oleh grup Reptilia pada gig FENOMENA ROCK II 2011
Misteri Wanita Gila Berwajah Ipad Menarik Perhatian Rakyat Jelata
NEW YORK: Kemunculan seorang gadis gila berwajah ipad – hanya dikenali sebagai Mia – bersiar-siar di jalan menarik perhatian ramai apabila kepalanya ‘digantikan’ dengan iPad.
Ketika bersiar-siar, paparan pada iPad itu menunjukkan imej ‘kepala’ Mia dalam pelbagai aksi, termasuk membaca buku dan tersenyum.
Empat iPad digunakan bagi memaparkan imej ‘kepala’ Mia melalui empat sudut, iaitu depan, belakang, kiri dan kanan.
Rakaman aksi Mia yang tidak masuk akal ini juga menarik perhatian ramai di YouTube apabila video itu mendapat kunjungan hampir 40,000 dalam tempoh kurang 24 jam.
Pada akhir klip itu, seseorang dilihat melalui depan muka Mia dan mendapati dia sedang membaca majalah wanita.Pihak berkuasa New York akhirnya menangkap gadis itu atas alasan mengganggu ketenteraman awam.
Subscribe to:
Posts (Atom)




