Thursday, 1 August 2013

(Gambar) Kalimah syahadah: Risalah iklan Courts Mammoth hina Islam

KUANTAN – Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di sini, sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.

“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.

“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.

Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.

“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah,” katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.

“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.

“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan

Ibu cekup anak gadis berasmara dengan cikgu matematik

Gambar hiasan
London: Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.

Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.

Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.

Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.

Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.

Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.

Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.

“Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.

“Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya,” katanya.

Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.

Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai “luar biasa” dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.

Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. - Agensi

(Gambar) Iklan kosmetik muka, tapi modelnya tak pakai baju, apasal?

Beliau sebelum ini adalah gadis poster untuk pakaian dalam Marks and Spencer.

Namun Rosie Huntington-Whiteley tampil dengan aksi yang lebih berani apabila tidak memakai baju di Kepulauan Hayman dekat Great Barrier Reef di Australia awal bulan ini.

Model jelita berusia 26 tahun itu kini adalah duta untuk syarikat kosmetik Australia, ModelCo.

Bekas bintang Tranformers itu dilihat beraksi pelbagai pose seksi, dengan berseluar pendek tanpa baju.

Beberapa gambar dilihat beliau menutup bahagian dadanya dengan tangan bagi melindungi asetnya.

Agak kelakar sesi penggambaran ini kerana syarikat yang diwakilinya adalah syarikat kosmetik yang kebanyakannya produk kecantikan wajah.

Apa perlunya membuka baju? 


Harga minyak turun, RON91 ganti RON95.

Minyak petrol RON 91 : Dilaporkan tidak lama lagi, kerajaan Malaysia bakal memperkenalkan RON 91 sekaligus menggantikan RON 95 seperti yang anda gunakan sekarang yang dijual RM1.90 seliter.

Dalam erti kata lain, pengenalan minyak petrol RON 91 adalah salah satu ikhtiar kerajaan untuk menurunkan harga minyak petrol untuk anda semua. Dalam bahasa halusnya….

Dalam bahasa halusnya, pengenalan minyak petrol RON 91 sendiri ada merupakan salah satu langkah yang dapat mengurangkan lagi bebanan tinggi kos subsidi yang ditanggung kerajaan setiap tahun. 

Perbezaan Minyak Petrol RON 91 VS RON 95?

RON 91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum
RON 95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium

Jikalau di Eropah, dibahagikan kelas minyak petrol kepada 3 :

RON 91
RON 95
RON 98

Pembahagian jenis minyak petrol dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

Seperti biasa apabila diperkenalkan sesuatu yang baru, kerisauan mula timbul apabila pemerhati industri automotif masih lagi tidak pasti minyak petrol RON 91 itu kelak boleh digunakan atau untuk jenama kereta Malaysia, Jepun.

Alasan yang diberikan mereka, rata-rata memberitahu :

kereta Jepun memerlukan kandungan oktana yang lebih tinggi
RON yang lebih rendah akan menyebabkan “knocking” bunyi bising daripada enjin

Sekadar informasi untuk anda semua :

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

Dan….berita baiknya berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima, minyak petrol RON 917 ini sesuai untuk :
Jenama kereta Malaysia, BWM, Mercedes juga dilaporkan turut sesuai menggunakan RON91 (bergantung kepada model)

Perbandingan Harga Minyak Petrol RON91?

Jika diperkenalkan minyak petrol RON 91 ini kelak, Malaysia bakal menyertai negara Thailand, Australia :

Thailand 43.75 baht/liter (RM4.50 seliter)
Australia A$1.454/liter (RM5.12 seliter)

Minyak petrol RON 97 mengandungi hanya 3 peratus pentana dan selebihnya oktana. Manakala minyak petrol yang kami, anda dan kita semua gunakan sekarang iaitu RON 95, mengandungi oktana sekitar 95 peratus dan selebihnya pentana. Dan untuk minyak petrol RON 91 yang akan datang, pastinya kandungan oktana lebih rendah daripada biasa. 

Apa kata anda pula?

Sumber: Berita Semasa

Ibu curang di FB terkantoi dengan anak sendiri

Saya pelajar sekolah menengah dan bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Masalah saya ialah berkenaan ibu.

Dia berlaku curang dengan seorang lelaki yang juga suami orang. Ibu mengenalinya di laman sosial.

Pada mulanya, kecurangan ibu tidak diketahui, tapi saya terbaca catatan mereka yang berbau lucah dan sangat memualkan.

Sikap ibu juga semakin berubah kerana sudah mula keluar malam sejak akhir-akhir ini dan bersikap seperti gadis remaja semula.

Saya sangat tertekan dengan keadaan ini namun saya tidak mahu berkongsi dengan keluarga. Saya pendam segala masalah ini seorang diri.

Pada masa sama, saya kasihankan ayah yang bekerja bertungkus-lumus untuk keluarga kami. Malangnya ibu buat perangai. Saya sangat tertekan dan ini mengganggu fokus saya dalam pelajaran.

Saya tidak mahu keluarga terus porak peranda dengan sikap curang ibu. Saya terlalu sedih.

PELAJAR RUNSING,
Pulau Pinang


Dr memahami perasaan yang adik alami. Memang bukan mudah bagi seorang anak apabila mengetahui ibunya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Hubungan anak dengan ibu menjadikan adik lebih tertekan kerana adik masih mahu pola keluarga yang sedia ada berkekalan. Maksudnya, adik masih lagi mahu melihat hubungan ayah dan ibu berjalan baik. Adik juga tidak mahu pihak lain masuk dalam ruang lingkup keluarga sedia ada.

Masalah rumah tangga ibu bapa sering kali di luar kawalan anak. Namun, sebagai seorang anak, perasaan tertekan akan wujud apabila mengetahui kehidupan ibu bapanya tidak harmoni.

Masalah yang dialami menyebabkan adik begitu tertekan sehingga mengganggu fokus di sekolah.

Carilah pihak yang adik percaya untuk bercerita mengenai masalah dan perasaan adik. Memendam perasaan bukanlah satu cara baik untuk adik menyelesaikan masalah.

Dr faham bukanlah mudah bagi seorang anak untuk berbincang dengan ibu mengenai masalah yang membabitkan urusan rumah tangganya.

Justeru, adik memerlukan seseorang yang dipercayai ibu untuk berbincang dengannya mengenai hubungan sulit dengan suami orang.

Jika adik ingin berbincang dengan ibu, pastikan ia dilakukan dengan berhemah kerana Dr tidak mahu perbincangan adik dengan ibu membawa kepada satu keputusan yang akan dikesali semua pihak kelak.

'Semua orang salah, bukan saya seorang' - Rajagobal

JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal terus mempertahankan dirinya meskipun gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan siri jelajah di Jepun.

Terus berdalih tanpa memberi alasan kukuh mengenai prestasi anak buahnya termasuk gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan tersebut, Rajagobal sebaliknya memberitahu semua pihak harus bertanggungjawab.

“Saya kena bertanggungjawab, pasukan kena bertanggungjawab dan pemain juga kena bertanggungjawab. Semua pihak kena bertanggungjawab.

“Memang ada masanya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahu, apa yang penting pasukan kebangsaan memerlukan sokongan daripada semua peminat,” katanya selepas perlawanan terakhir semalam.

Semalam, hari malang skuad negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri setelah Harimau Malaya diaibkan Tokyo Verdy 0-5.

Sebelum itu, Harimau Malaya tewas kepada dua kelab Divisyen Satu Liga Jepun iaitu Shonan Bellmare (0-5) dan Shimizu S Pulse (0-2).

Apa yang pasti, kekalahan semalam pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.

Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Biarpun ramai menjangkakan bahawa Rajagobal akan terus membimbing Harimau Malaya, namun ia bukan sesuatu yang mustahil jika pengendali berusia 57 tahun itu diarah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.

Ini kerana, selepas mengharungi 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya sekadar mampu melakar dua kemenangan dan itu jelas satu rekod yang cukup memalukan.

Dua kemenangan itu direkodkan ketika Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu dan menang 4-0 ketika menentang kelab Australia, Sydney Olympic pada aksi persahabatan bulan lalu.

Harimau Malaya dijangka tiba ke ibu negara hari ini selepas ‘berguru’ hampir dua minggu di Jepun sebelum mereka di jadual menentang juara Liga Sepanyol, Barcelona pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 10 Ogos depan.

Selepas itu, skuad negara bertemu China dalam satu lagi aksi persahabatan pada 10 September sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan.

Diperkosa Adik beradik Suami pada Malam Pertama

UTTAR PRADESH, India 30 Julai - Seorang wanita di sebuah kampung di sini dipaksa berkahwin dan menjadi mangsa rogol berkumpulan sebagai satu 'hukuman' ekoran adik lelakinya melarikan isteri orang.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu diberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan abang kepada kekasih adiknya sebagai tindakan membalas dendam atas perbuatan keji mereka.

Selepas dipaksa berkahwin, wanita malang itu turut menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh adik-beradik suaminya.

Apa yang lebih memeranjatkan, perbuatan kejam itu disokong golongan tua di perkampungan itu yang menyifatkannya sebagai 'cara terbaik untuk membalas dendam'.

Wanita itu memberitahu polis bahawa dia terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan abang kekasih adiknya kerana bimbang berlaku pertumpahan darah di perkampungan itu.

"Abang ipar saya merogol saya tanpa belas kasihan, beberapa jam selepas saya berkahwin.

"Bapa mertua saya mendakwa dia bersetuju dengan perkahwinan paksa ini kerana ingin membalas dendam atas perbuatan adik saya yang melarikan menantunya," katanya.

Selain dipaksa berkahwin, wanita malang itu diminta membayar wang pampasan sebanyak 75,000 rupee (RM4,080) kepada keluarga mertuanya.

Menurut jurucakap polis, Manzil Saini, wanita malang itu dipaksa berkahwin pada 15 Februari lalu.

"Pada 21 Julai lalu, wanita itu berjaya melarikan diri dari rumah suaminya dan melaporkan kejadian itu kepada polis, kelmarin.

"Kes telah dibuka dan siasatan akan dilakukan secara terperinci," ujarnya. - AGENSI