Sunday, 2 June 2013

Makanan Terakhir Sebelum Jalani Hukuman Mati (8 Foto)

Menjalani hukuman mati merupakan hukuman yang paling ditakuti oleh semua orang. Sesiapa yang dijatuhkan hukuman mati, mereka tiada harapan selain menginsafi segala perbuatannya yang terdahulu. Dikatakan terdapat makanan terakhir yang disediakan oleh pihak penjara kepada banduan akhir ini. “No Seconds” adalah foto bersiri oleh jurugambar dari New York, Henry Hargreaves yang memaparkan makanan terakhir penjenayah sebelum mereka menjalani hukuman mati. Data penjenayah tersebut seperti nama, umur, jenayah yang dilakukan, jenis hukuman serta menu terakhir mereka turut dicatatkan di sebelah gambar.

















Cara Nak Hack Limit Celcom/Maxis Broadband!


Pasti anda bengang kan andai Broadband anda lembab tahap siput!
Jom kita belajar Cara Nak Hack Limit Celcom/Maxis Broadband!

Kalau korang dah overlimit celcom broadband, confirm dia akan jadi slow tahap gaban! 
So, di sini ada 2 cara untuk bypass limit tu!

1. Cara manual.
kalau korang surf youtube ke, download lagu ke, software ke, tapi tiba-tiba slow, korangdisconnect dulu, then reconnect, Pastu resume. 
Tapi benda ni kena buat berulang-ulang la baru dapat speed yang asal.

2. Ping of death.
Ping of death ni bermaksud, kita attack ip celcom 3g yang kita dapat dan hantar message kepadasystem ip tersebut untuk memanipulasi talian tersebut.

Vista/xp anda kena RUN “cmd”, kalau Windows 7, tekan start, type “cmd” kat search bar tu
kalau dah buka cmd tu, just type “ipconfig/all”!

Pastu, korang akan dapat tengok network adapter beserta maklumat lain.
Kamu ipv4 address Celcom 3g kamu. Scroll je ke sampai jumpa.
Contohnya 10.174.176.230.
Buka notepad, type "ping 10.174.176.230"!
Tekan enter, pastu type “connections”!
Save as namafiletu.bat
file type = all type
Save.
Click file tu!
Biarkan benda tu selama mana yang kamu mahu!
Simple bukan?

10 Gambar Makanan Paling Jijik di Dunia!

Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.

Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.

1. Burger “Cindil” – China.


Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.

2. Otak Monyet Hidup – China.


Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.

3. Daging Tikus Goreng – China.


Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.

4. Ulat Rebus – Botswana.



Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.

5. Soya Busuk – China.


Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.

6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina.


Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.

Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.

8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.


Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.

9. Steak Daging Buaya di – Singapura.


Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.

10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.


Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedak melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.

Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.

Pengasas Syarikat Kosmetik & Jutawan Termuda Di Dunia (6 Gambar)

Dia baru berusia 6 tahun, tetapi sudah menjadi jutawan dan hidup serba mewah!

Isabella Barret bukan gadis cilik biasa. Di usianya yang baru 6 tahun, dia sudah menjadi jutawan. Berkat memenangi pelbagai pertandingan kecantikan, tampil di TV dan memiliki perniagaan kecantikan membawanya menjadi seorang yang kaya dengan kehidupan yang mewah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang Isabella Barret: 

1. Pertandingan Kecantikan

Sejak kecil lagi, Isabella sering dibawa menyertai pertandingan kecantikan oleh ibunya, Susanna. Dengan bangga, kanak-kanak yang kerap berpenampilan seksi itu mengatakan, “Saya tidak pernah kehilangan apa-apa dan hampir setiap pertandingan yang disertai, saya menang.”





2. Mempunyai 60 Pasang Kasut

Kanak-kanak yang sering mengikat rambutnya ini adalah penggemar kasut. Dia memiliki lebih dari 60 pasang kasut.

3. Setiap Baju Berharga Hampir RM 30ribu

Susanna menghias anak kesayangannya itu secara habis-habisan. Setiap kali mengikuti pertandingan, baju dan perhiasan yang digunakan Isabella boleh mencapai US$ 10 ribu atau hampir RM 30 ribu. Susanna mengaku, selama dua tahun ini dia mengeluarkan perbelanjaan sekitar US$ 50 ribu atau RM 150 ribu untuk menghias Isabella agar menang di pertandingan kecantikan yang disertai.


4. Bisnes Perhiasan & Kosmetik

Bersama ibunya, Isabella memiliki line perhiasan dan kosmetik berjenama ‘Glitzy Girl’. Koleksinya termasuklah lip gloss, lipstick, blusher sehingga ke aksesori seperti gelang dan rantai. Awal bermulanya perniagaan tersebut adalah dari setiap pertandingan yang disertai, Isabella menggunakan gelang dan pelbagai perhiasan lain. Banyak peminatnya yang suka dengan perhiasan tersebut sehingga memberi mereka idea untuk menjualnya.

5. Hidup Mewah

Isabella kini hidup mewah dan bergelumang dengan harta. Kanak-kanak yang sering meniru gaya wanita dewasa itu sering bercuti dan menginap di hotel-hotel mewah. Tidak seperti kanak-kanak lain yang suka memesan makanan seperti kentang dan burger, dia sebaliknya memilih makanan seperti filet mignon dan lobster yang berharga hampir beratus dolar untuk setiap hidangan. “Saya tahu ini kelihatan seperti sombong, tetapi ini bagi saya ia lucu melihat gelagatnya dan ini sebahagian dari kehidupannya,” ujar ibu Isabella.




Ranking Top 10 Puteri Raja Tercantik di Dunia 10 Gambar


Puteri Raja sering dikaitkan dengan kecantikan wajah yang dimiliki oleh mereka. Tidak hairanlah mereka ini sering kali menjadi sasaran paparazzi bagaikan seorang selebriti antarabangsa yang terkenal. Untuk itu, bagi edisi kali ini, kami akan memaparkan 10 Puteri Raja yang Tercantik di Dunia untuk tatapan pembaca MyChannels. Sila rujuk di bawah :

10. Princess Mary — Denmark

09. Princess Sirivannavari — Thailand

08. Princess Eugenie — UK

07. Princess Sonam — Bhutan

06. Princess Alexandra — Luxembourg

05. Charlene Wittstock — Monaco

04. Charlotte Casiraghi — Monaco

03. Princess Madeleine — Sweden

02. Princess Letizia — Spain

01. Zara Phillips — UK

Realiti - Fesyen Terbaru Yang Sungguh Mengarut! (15 GAMBAR)

WTF

Kami tak paham fesyen. Ini ridikeles!









sumber

Telefon Bimbit Sebesar Kad Kredit (11 GAMBAR)

Pada penghujung 90an syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba menghasilkan telefon terkecil dan ternipis. Now telefon pintar trend ini berubah kepada telefon dengan skrin sesentuh terbesar. Micro Phone ialah sebuah telefon yang tidak mahu mengikut trend. Ianya telefon GSM yang hanya sebesar kad kredit dan cukup nipis untuk disimpan di dalam dompet anda. Telefon ini juga dilengkapi sistem pengesan bagi memudahkan anda mengesan lokasi pemilik. Harga jualan bermula dari USD 39 (RM 119) sebuah.






Laporan asal IndieGogo