Sunday, 2 June 2013

Pulau Binaan Manusia Sempena Piala Dunia 2022 Qatar (7 GAMBAR)

Onyx Island ialah sebuah projek mega yang kini dalam peringkat konsep di Qatar. Pulau dengan keluasan dua juta meter persegi ini akan dibina pada pesisir pantai Doha bagi menempatkan hotel dan kawasan perumahan untuk 25 000 pelawat yang bakal tiba untuk Piala Dunia 2022. Kos pembinaan pulau buatan manusia ini dianggarkan sekitar USD 5.5 Billion (RM 16.5 Billion). Projek ini walau bagaimanapun mendapat tentangan pecinta alam kerana dikatakan bakal merosakkan ekosistem yang sedia ada. Projek The World di Dubai kini sudah gagal kerana pulau berbentuk peta dunia yang terbina tidak terjual dan mula terhakis. Ia juga mengakibatkan kerosakan ekosistem dan hakisan ombak yang kronik di Dubai. 





Laporan asal Inhabitat

Saturday, 1 June 2013

Jika anda peminat atau pernah menonton The Appearantice Asia di AXN pasti anda mengenali Nik Aisyah Amirah Mansor. Peserta wanita melayu, yang wak kira cukup anggun dan sopan. 







Nik Aisyah Amirah Mansor, 25, adalah salah satu daripada tiga peserta Malaysia Asia Apprentice di AXN.Beliau merupakan graduan  The University of Adelaide dan  kini bekerja sebagai juruaudit dan impiannya adalah untuk mempunyai perniagaan sendiri.


Salah satu pengalaman yang sukar dilupakan dari Apprentice:
Menjual ikan (ketawa).  
Dimarahi oleh (Tan Sri) Tony Fernandes jelas.

Filem kegemaran: Lord of the Rings

Tempat terbaik untuk makan di KL: Cili adalah. Saya tahu ia tidak benar-benar 'KL' tetapi saya suka kerana ia adalah makanan keselesaan saya.

Bagaimana anda berehat: saya bercakap (ketawa).

Bagaimana anda menghabiskan hujung minggu anda: Dengan tunang saya.

Destinasi percutian kegemaran anda: Maldives kerana ia cantik. Saya suka pergi ke sana.

Kegemaran Twitter atau akaun Instagram untuk mengikuti: Saya amat baru untuk Twitter tetapi saya suka @ TonyFernandes dan @ Oprah.

Apa yang mendorong anda: Kejayaan kerana jika saya mahukan sesuatu, saya akan cuba untuk mendapatkannya.

Quote kegemaran anda: Selalu ada sebab untuk sesuatu. Dalam bahasa Melayu, ia adalah "SETIAP Kejadian ada hikmahnya." Saya percaya itu dan yang membuat saya pergi.

Nasihat untuk anak muda Malaysia: Sentiasa bersikap positif dan tidak takut untuk mengambil cabaran dalam kehidupan. Saya hanya melakukan dan saya kasih sayang setiap saat itu.
 

Saya Baru Sahaja Berhijab Penuh Sejak 2 Minggu Lalu – Leuniey Natasha

Kalau anda pengikut setia Instagram Leuniey Natasha, anda pasti akan perasan yang semenjak dua ini kebanyakan gambar yang dikongsikan oleh Leuniey menunjukkan dirinya bertudung. Namun ramai yang tertanya-tanya sama ada Leuniey sudah berhijab sepenuhnya atau sekadar mencuba sahaja.
Terbaru menerusi portal Murai, Leuniey membuat pengakuan yang dirinya sudah berhijab sepenuhnya sejak 2 minggu lalu. Kata Leuniey:-

Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.

Pasti Apek adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahan ini. Agak menarik membaca perkongsian kisah penghijrahan Leuniey yang mengalami kepayahan ketika mula-mula berhijab. Kata Leuniey:-

Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini

Leuniey dan Apek akan pergi mengerjakan umrah bersama-sama pada bulan Ramadhan ini. Jadi Leuniey mengambil persediaan dengan memakai tudung sepenuhnya sebelum ke Tanah Suci kelak. Apa-apa pun, tahniah kepada Leuniey atas penghijrahan ini. Semoga hidup anda dan suami akan lebih bahagia dan dirahmati selepas ini

Lari Tinggal Kekasih Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas Dalam Semak

Melaka: Panik melihat teman wanita sesak nafas sebelum tidak bernyawa menyebabkan suspek kes penemuan mayat seorang remaja perempuan Rabu lalu, bertindak meninggalkan gadis itu keseorangan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 17 tahun itu pada awalnya cuba menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), tetapi tidak berjaya.

Katanya, berdasarkan keterangan awal, suspek mengakui ke kawasan semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, yang juga lokasi mangsa ditemui bersama teman wanitanya itu dengan menaiki Yamaha RXZ.

“Suspek yang juga kekasih, rakan sekolah dan tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian untuk ke taman berhampiran sebelum ke kawasan semak berkenaan kira-kira jam 9 malam.

“Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan CPR, tetapi tidak berjaya dan panik dengan keadaan itu, suspek dikatakan meninggalkan mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.

Pelakon Baru Wanita Ditahan Melakukan Perkara Tidak Bermoral Dalam Kenderaan

Ini berita hangat yang baru sahaja kami dengar. Seorang pelakon baru wanita dan pasangannya didakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan ketika sedang melakukan perkara tidak bermoral di dalam sebuah kenderaan. 

Menurut sumber, pasangan ini menggelabah ketika ditahan dan merayu-rayu untuk dilepaskan. Maklumlah masyarakat sudah mengenali mereka. Pasti mereka tidak mahu perkara memalukan ini tersebar. 

Nasib baiklah pihak berkuasa tempatan tersebut masih lagi mempunyai budi bicara untuk melepaskan mereka dengan amaran. 

Apa-apa pun kami harap apa yang kami dengar ini hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya Akui Sedang Bercinta Dengan Anak Erma Fatima – Sharifah Sakinah

ohartis-sharifah-sakinah-bfNama Sharifah Sakinah benar-benar panas akibat daripada perbuatannya mengupload beberapa video ke laman sosial Keek yang agak korang sopan hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Lupakan sejenak video sakai yang dibuat oleh si Kinah ni, kini dia dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anak teruna kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima malah, Kinah yang ditemui baru-baru ini mengakui kebenaran gosip tersebut.
 “Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah.
Bila diajukan soalan adakah dia serius dengan perhubungan kali ini kerana lebih dikenali dengan sikap yang suka main-main dalam pelbagai hal, Sakinah menjawab;
 “Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima” Jelas Sakinah lagi.
Berikut jawapan Erma Fatima mengenai percintaan anaknya dengan Sharifah Sakinah yang ditanyakan oleh Micheal Ang melalui akaun Keeknya.



KEEKSSIP : Erma Fatima jawab tentang perangai bakal menantu dia Sharifah Sakina!
May 19, 2013| Source: Keek.com

Ngeri! Wanita Ini Bunuh Dan Makan Daging Suaminya

Seorang perempuan dari Filipina telah membunuh banyak orang dan menyimpan daging mereka dalam peti sejuknya, dia sangat menikmati memakan daging manusia. Dia juga berkata bahawa dia telah banyak membuat pesta untuk saudara dan rakan-rakannya.
Dia memberikan mereka daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa pengetahuan mereka. Rakan-rakannya mengatakan bahawa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tapi mereka tidak tahu daging apakah itu. Beberapa dari teman-temannya tidaklah tahu bahawa mereka akan menjadi sasaran wanita itu selanjutnya.

Yang mengejutkan adalah wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya juga dan memakan dagingnya. Tapi untunglah aksi wanita tersebut telah diketahui oleh pihak yang berwajib.