Sunday, 19 May 2013

18PL - Permandangan Biasa Gadis-Gadis Seksi Jalanan di Jepun

Gambar sempoi yang biasa dilihat di negara jepun. THIS IS JAPAN!








































Gempar! Pembedahan Plastik Berbahaya untuk Menyerupai Superman

MANILA - Seorang lelaki Filipina yang obses dengan watak Superman telah menjalani pembedahan dalam usahanya untuk mengubah dirinya menjadi adi wira itu.

 
Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, telah beberapa kali melakukan pembedahan plastik dalam tempoh 16 tahun semata-mata ingin mendapatkan dagu dan hidung seperti Superman, lapor televisyen ABS-CBN. Dia juga melakukan suntikan silikon di bibir dan implan bahagian paha untuk kelihatan lebih berotot, kata laporan tersebut.
 


Akuan Facebook miliknya memaparkan puluhan gambar dan kapsyen menerangkan mengapa dia melakukan pembedahan plastik untuk menjadi Man Of Steel atau Superman.

"Saya bercadang untuk kelihatan seperti Superman sejak kecil lagi. Saya mahu menjadinya dan kelihatan seperti Superman akan membuatkan saya gembira dan berpuas hati asalkan saya tidak mengganggu sesiapa," katanya menerusi Facebook semalam. - AFP

Kisah Hidup Jepp Sepah Sebelum Bergelar Artis Ngetop

Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

Terkini!!! Penjelasan Tunang Shah Jazle (Pelakon yg Ditangkap Khalwat)

Redzwani Puteri (Wani), tunang Shah Jaszle. Walaupun tunangnya sudah disahkan JAIS ditangkap khalwat dengan wanita lain, Wani masih mahu mendengar penjelasan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Yang pasti, Wani melahirkan rasa tidak percayanya apabila diberitahu mengenai berita tersebut. Kata Wani kepada portal Murai:-
 Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah. Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar.

Menurut Wani, Shah Jaszle berjanji akan memberikan penjelasan selepas selesai menjalani penggambaran. Tambah Wani lagi:-

Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak
Shah Jaszle dan Redzwani Puteri telah bertunang pada 8 Disember 2012. Sebelum hubungan tersebut, Shah Jaszle pernah dilanda kontroversi bersama Miera Liyana dan Maria Farida. Apa pun Abang Nara tabik respek kepada Wani kerana masih “Keep Calm and Trust Her Fiance” di dalam keadaan ini. Anda memang awesome!!!

Penyeludupan KFC ke Palestin, Tidak dibenarkan masuk ke Gaza


Umum mengetahui mengenai pergolakan yang berlaku di Bumi Gaza, oleh sebab menerima tekanan dari tentera maka banyak franchise luar negara contohnya KFC tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Jadi, makanan KFC disana akan diseludup masuk melalui terowong bawah tanah bagi memenuhi kehendak rakyat setempat. Seperti smuggling drugs. Mari bersyukur sebentar dengan negara kita yang diterajui oleh Barisan Nasional. 

EMATHOR "Blinding Path" - (Review from http://grandomination.blogspot.com)


EMATHOR "Blinding Path" (Derangement Project Prod.)
Thrash Metal again? I thought, at the very least; I might feel a bit nauseous due to the influx of thrash Metal materials making its way to me these days, but this is worse. Those whiny wailing singing really annoys me on this. And that screaming vocals doesn't do much either. Precious moments are hard to come by on this release. They do manage to thrash it just fine on those rare occasion, but that's just about it. In EMATHOR I see a confused band trying to cram various influences and preferences into one, but the result is far from satisfying. I won't bother listening to this again, Those 'weepy-weepy' moments is a major disturbance. I am so narrow-minded, I am sorry. But I won't budge from my opinion that this is below par. Surprised that this is coming from Derangement Project too.

Lelaki ini miliki kerja paling best di dunia


Lars Larson baru-baru ini telah dipilih sebagai "Manusia dengan Kerja Terbaik di Dunia." Dia bukan seorang  atlet profesional, penyanyi atau pelakon popular, dia hanya seorang Pegawai Kesihatan & Keselamatan untuk Topless Female Trampoline World Championships. Yup, Larson ditugaskan mengurut atlit tanpa pakaian itu selepas mereka menjalani latihan harian mereka, menyerahkan tuala apabila mereka habis mandi dan sebagainya. Jika Lars Larson mengingatkan anda dengan seorang pelakon lelaki daripada Bridesmaids, Friends with Kids, dan Girls, maka anda mungkin sedar bahawa Lars Larson ini tidak wujud begitu juga dengan bidang sukan trampoline bogel.


Sebenarnya lelaki dalam video lima minit ini adalah Chris O'Dowd yang membawa kita untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara lelaki. O'Dowd bekerjasama dengan CoppaFeel.org untuk membuat video nakal ini sebagai sebahagian daripada kempen untuk menggalakkan lelaki agar mengambil serius kanser payudara dan sentiasa memeriksa diri untuk mengetahui samada terdapat 'benda' di bahagian dada anda! Ya! Lelaki juga mengalami kanser payudara, sila jenguk web Lars Larson untuk info lanjut!