Sunday, 14 April 2013
Hazzard - Tika dan Saat Ini (Medicine Cover)
Grup dari Singapura ini membawakan cover lagu dari Kumpulan Medicine yang bertajuk Tika dan Saat Ini dari Album Titian 1988. Amat mengasyikkan lagu ini. Layan.....
Amir Raja Lawak Terkenal di India
Aksi Angkara Terlalu Penat Bekerja....Barangkali
Maaf kalau ada wanita yang pernah tidur macam ni, bukan nak memalukan cuma perkara ni rasanya boleh diubah jika boleh lah.. Lihat wanita dalam gambar ni, memang dahsyat gila! mulut ternganga keatas dengan keadaan tidur separuh mati..apapun boleh masuk didalam mulut tu, huh! tolong jangan tidur macam ni..jatuh maruah dan keayuan tu tau haha..
Gempar! Sekolah di Indera Mahkota Dipenuhi Gangguan Makhluk Ghaib

Demikian kata Roziana, 45 (bukan nama sebenar) ibu salah seorang pelajar yang mengalami histeria di sebuah sekolah menengah dekat Indera Mahkota di sini. Roziana berkata, ini kali pertama anaknya mengalami gangguan seperti itu walaupun sudah beberapa kali kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan. “Tidak sangka pula, kali ini anak saya pula yang menjadi mangsa.
“Apabila bercerita mengenai rupa mahkluk yang hodoh itu, anak saya akan takut dan tidak mahu ke sekolah kerana bimbang akan terserempak lagi,” katanya. Ketika kejadian, anak perempuan Roziana yang merupakan pelajar tingkatan dua berdiri di koridor sekolah pada waktu rehat sebelum menjerit apabila melihat makhluk hodoh tersebut. “Sejurus selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah, saya terus bergegas ke sana dan mendapati anak saya sudah sedar biarpun masih ketakutan.
“Mujur ada guru dan ustaz yang tolong anak saya jika tidak, saya pun tidak tahu apa nasib anak saya,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Rosdi Ismail berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan tindakan segera telahpun diambil oleh pihak sekolah. Menurutnya, itu kejadian kedua yang berlaku di sekolah tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan sesi pembelajaran.
“Kita nasihat pelajar terbabit supaya berubat dan ibu bapa serta guru diharap sentiasa memantau pelajar sekolah itu,” katanya – Sinar Harian
Kegilaan Pak Arab : Range Rover Ditampal Syiling 57,412 dirham



Peliknya, mamat nih Ali Hassan Gharib, 29, melekatkan syiling (RM47,650) pada keretanya yang berharga RM210,000. Tindakannya itu menyebabkan kenderaan itu kini berharga lebih RM2.5 juta. Walaupun selepas dilekat dengan setengah tan syiling, Range Rover ini masih boleh meluncur selaju 120 kilometer sejam tanpa menjatuhkan syiling-syiling tersebut.
Dipercayai syiling-syiling tersebut digamkan dengam gam gajah buatan Jerman yang mampu melekatkan seekor salamender pada cermin. Ali berkata: “Saya mahu mendapatkan syiling dari setiap negara dan lekatkanya pada kereta ini.” Begini lah gelagat orang kaya dari tanah Arab yang mempunyai harta tak terkira banyaknya.
credit to mysensasi.net
Saturday, 13 April 2013
Tornado - Teras (Teras Cover)
Subscribe to:
Posts (Atom)




