Tuesday, 28 May 2013

Terkini : Shah Jazle Dakwa Kes Khalwat adalah Suatu Perangkap

Hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, pelakon Shahrizal Jaszle (Shahz Jaszle) , 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap kepada dirinya. 

Dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan serbuan. “Saya tak boleh komen panjang mengenai isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian tersebut. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti,” tegasnya lagi. Beritahunya lagi, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi yang sebenar apa yang telah terjadi.

Pelakon drama Cinta Qaseh ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat sebarang keputusan. Begitu juga dengan tunangnya yang cukup memahami dan tidak melatah setelah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig15DG0cpyQB8UlpclID2DbEhKZy3AHyHR9PWXs1TIQH1DXkqoemiGN3Xuzbhg0PaHHGbaV9GieMBe2g5QWO9Re-2COGOyV2bBRFgCXUV1W6cYS2lvnbS00238Ar9VuZ9vjwEpKAEk1Kg/s1600/edit+shah+jazle.jpg

“Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan daripada saya. Tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka” katanta lagi. “Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya,” ujar Shahz Jaszle yang turut berkata kejadian itu merupakan satu pengajaran besar dan dia akan lebih berhati-hati selepas kejadian tersebut. Sungguh tidak disangka, ada juga manusia yang begitu kejam dan sanggup melakukan perangkap tersebut. Namun tiadak diketahui lagi kesahihan berita ini.

No comments:

Post a Comment