Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts
Tuesday, 23 July 2013
Inilah Doktor Yang Paling Berani Membedah Dirinya Sendiri
Tarikh 29 April 1961, seorang doktor dari ekspedisi Antartika Rusia (Kutub Selatan Bumi) di stesen ekspedisi "Novolazarevskaya", Leonid Rogozof (27 tahun), merasa demam dan bahagian bawah perutnya terasa sakit sekali. Keesokan harinya keadaannya semakin parah. Tak mungkin di daerah kutub yang terpencil itu ia menyewa pesawat untuk membawanya ke rumah sakit.
Tak mungkin pula ia minta pertolongan kepada doktor yang lain, kerana ia adalah satu-satunya doktor yang ada di tempat ekspedisi tersebut. Akhirnya pada malam 30 April 1961 itu, dr Leonid terpaksa melakukan operasi terhadap dirinya sendiri, untuk memotong dan mengeluarkan organnya berupa usus buntu (appendix) yang telah meradang. Dalam operasi itu ia menggunakan bius tempatan (local anesthesia), dibantu oleh seorang mekanik dan seorang ahli meteorologi yang ada dalam ekspedisi tersebut. Sambil berbaring setengah membongkok ke arah sisi kiri, ia menyuntik ke dirinya cecair ubat bius tempatan "novocaine", kemudian melakukan torehan sepanjang 12 cm di bahagian perut kanannya (iliac) dengan pisau bedah. Dengan melihat melalui cermin kecil dan meraba-raba, Leonid melakukan pembedahan, mengeluarkan usus buntunya, dan menyuntik antibiotik di bahagian perut, menjahit lukanya. Kedua-dua orang "pembantu" (mekanik dan metrologist) membantu memegang cermin kecil ke dekat perut dan memberi peralatan perubatan kepada Leonid. Operasi ini berjalan selama 1 jam 45 minit untuk selesai.
Lima hari selepas pembedahan, keaadaan badan Leonid normal kembali, dan 2 hari berikutnya jahitan lukanya dibuang. Seluruh peralatan yang digunakan untuk melakukan Pembedahan yang hebat itu, kini berada dan dipamerkan di muzium "Artik dan Antartika" di St. Petersburg, Rusia.
Ngeri..!!..Beginilah Proses Membuang Lemak Dari Badan
Ngeri..!!..Beginilah Proses Membuang Lemak Di Badan...Fuhh...Mesti sangat menyakitkan tu kan...Terus sahaja kita lihat...cekidot..
Inilah Nasib Keith Martin Lelaki Tergemuk di Dunia
Seorang lelaki Inggeris yang memakan lapan hotdog untuk sarapan pagi nya dinobatkan sebagai manusia tergemuk di dunia. Hingga saat ini, lelaki seberat 368 kilogram itu memerlukan 18 pasukan perubatan untuk mengurusnya.
Pasukan perubatan yang ketika ini merawat Martin adalah kakitangan ambulans, dan merupakan pegawai jururawat profesional. Untuk membantunya masuk ke kereta, lapan orang pasukan paramedik harus mengangkat tubuh raksasa Martin kerana dia tidak dapat bergerak dengan sendirinya..
Pasukan perubatan yang ketika ini merawat Martin adalah kakitangan ambulans, dan merupakan pegawai jururawat profesional. Untuk membantunya masuk ke kereta, lapan orang pasukan paramedik harus mengangkat tubuh raksasa Martin kerana dia tidak dapat bergerak dengan sendirinya..
Selama dua kali sehari, Martin harus menjalani pemeriksaan perubatan. Empat orangjururawat juga harus memandikannya selama tiga kali sehari dan mengawasikesehataannya kerana dengan berat badan yang sangat berat, kesihatan Martin akan semakin menurun.
Martin tampil sebagai manusia terberat di dunia selepas Manuel Uribe yang berberat kira 500 kilogram menjalankan dietnya. Berat Martin juga terbukti mengalahkan Paul Mason yang dahulu sempat dinobatkan menjadi manusia terberat di dunia.
Martin tampil sebagai manusia terberat di dunia selepas Manuel Uribe yang berberat kira 500 kilogram menjalankan dietnya. Berat Martin juga terbukti mengalahkan Paul Mason yang dahulu sempat dinobatkan menjadi manusia terberat di dunia.
Meski demikian, Martin nampaknya tidak berniat untuk mengikuti gaya hidup Mason yang sihat. Dirinya pun menjelaskan bahawa kegemukan itu disebabkan oleh dirinya sendiri yang pada ketika masih berusia 16 tahun selepas keamtian ibunya
"Ibu saya meninggal pada saya berusia 16 tahun, dan saya tidak memperdulikan diri saya selepas itu. Saya memakan apa-apa dan saya pun menyalahkan diri saya sendiri atas apa yang sudah menimpa diri saya," ujar Martin, seperti dikutip Daily Mail Isnin (13 /2/2012).
Martin tidak mempunyai seorang kekasih dalam 20 tahun dan tidak dapat mencari pakaian yang muat dengannya. Martin hanya bergantung pada pasukan jururawat dan keluarganya serta dua saudaranya. Setiap hari, Martin hanya menonton televisyen dan memakan manisan, kuih, biskut, dan sosej.
"Ibu saya meninggal pada saya berusia 16 tahun, dan saya tidak memperdulikan diri saya selepas itu. Saya memakan apa-apa dan saya pun menyalahkan diri saya sendiri atas apa yang sudah menimpa diri saya," ujar Martin, seperti dikutip Daily Mail Isnin (13 /2/2012).
Martin tidak mempunyai seorang kekasih dalam 20 tahun dan tidak dapat mencari pakaian yang muat dengannya. Martin hanya bergantung pada pasukan jururawat dan keluarganya serta dua saudaranya. Setiap hari, Martin hanya menonton televisyen dan memakan manisan, kuih, biskut, dan sosej.
Wednesday, 12 June 2013
Kenali Apa Itu Kelumumur dan Bahayanya
Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.
Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.
Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.
Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.
Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah.
Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian
anda.
Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.
Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.
Tuesday, 11 June 2013
Lelaki Kepala Berlubang Akibat Kemalangan [ 2 Gambar ]
LELAKI ini dilahirkan normal sehinggalah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah bandar di China.
Namun ajalnya belum sampai.
Pihak hospital berjaya merawat kecederaannya namun ia meninggalkan ‘kesan’ yang agak ‘menakutkan’ ketika dilihat.
Di kepalanya terbentuk ‘lubang’ sebesar penumbuk hingga ia menarik perhatian masyarakat di mana saja dia berada.
Pelik tapi benar bukan?
Subscribe to:
Comments (Atom)









