Marketing gila! Mungkin kata yang tepat ditujukan untuk kedai pakaian sukan ini.
Mengapa tidak, mereka menjanjikan modelnya akan bogel jika semakin banyak 'LIKE' yang menghujam di laman Facebook-nya.
Strip for likes, konsep kempen tersebut. The more likes, the more clothes off! Sebuah nama iklan yang mengelirukan, namun menggiurkan.
Strip for likes rasmi dilancarkan pada 10 April lalu. Kempen ini sebagai rebranding laman Facebook mereka selepas pelancaran semula.
Semakin banyak LIKE, maka semakin banyak pakaian yang bakal dilucuti. Ini bermaksud si model tak akan langsung bogel.
Ia akan melucutkan satu demi satu pakaiannya sesuai dengan jumlah like yang diberikan pengguna Facebook di laman mereka.
Model tersebut memakai pakaian yang 'rangkap'. Jenis pakaian untuk musim bunga dan panas tahun 2012.
Ini bermaksud si model memakai seluar, kemeja, jaket, hingga topi. Gambar model yang akan membuka pakaiannya satu demi satu ini terpampang di laman homepage kempen.
Facebook Stussy menghadirkan pelbagai jenis brand pakaian sebagai media promosi. Tak hanya memberi like, pengguna harus menyebarkan laman ini untuk membuat model melepaskan pakaiannya.
Cara ini unik dan lebih menyeronokkan memerkenalkan model baru koleksi kami. Model akan melucutkan satu demi satu pakaiannya sesuai jumlah like, "ujar Lauren ince, Managing Director Client Eropah dan Worldwide.
Menurutnya Facebook adalah media yang tepat dalam berpromosi. Sebuah lokasi di mana ramai pengguna internet yang menghabiskan masa mereka.
"Sebagai brand, anda harus berada di mana saja. Kedai, mall, pusat membeli-belah, dan lain sebagainya. Termasuk di Facebook, "katanya Lauren Ince.
No comments:
Post a Comment